Wednesday, June 24, 2009

bekam lintah

pernah dengar pasal bekam lintah!!!!!....... kali ni tokchik nak cerita pasal bekam lintah. seingat tokchik, masa tokchik budak2 dulu arwah bapa tokchik ada jug berbekam........ tetapi ketika itu peralatan berbekam tu menggunakan tanduk kerbau. tempat yang hendak dibekam kebiasaannya dibahagian kepala akan dicukur terlebih dahulu....bekam cara moden ni tak semestinya dikepala, kebanyakannya dibahagian belakang badan.

tengok aja le gambar2 masa tokchik berbekam........ni pengalaman pertama tokchik berbekam...bekam lintah lagi


selepas divacum, bahagian badan tersebut akan ditusukkan dengan hujung jarum untuk mengeluarkan darah.........lintah akan diletakkan ditempat berkenaan.......masa ni lintah2 tu nampak comel ja, bila diletakkan ditempat yang luka tu pada permulaannya akan terasa gigi2 lintah yang halus tu mengigit, nak memastikan mereka akan melekat kat kulit tokchik


ni masa lintah tu baru menghisap darah tokchik


lintah2 tu dah mulai gemuk, tokchik berdiri pun tak jatuh lintah tu, punya le kuat gripnya



dah kenyang, lintah2 tu akan jatuh sendiri......nampak macam ular sawa .....geli
pula tokchik tengok.


kalau ada yang nak mencuba .boleh lah menghubungi tokey bekam lintah ni ........ameer .........0123172154

2 comments:

Anonymous said...

lintah tu serupa dgn badan tokcik kalau dah kenyang.
he he he

MIZLAN DARKARTCASTER said...

aku klu kena bisul buat bekam lintah..kejap ja ilang bengkak...cayalah tokcik artikel ni mmg best

Followers