Saturday, December 26, 2009

pengat ubi

masa menyinggah dipasar malam yangberhampiran dengan tempat tinggal tokchik, terpandang ada orang menjual ubi...... nampak masih segar, baru sahaja dicabut kata penjualnya.

tokchik pilih le 3 ketul yang sederhana besar, rm3.00 .... sekilo setengah katanya, dalam minda terfikir nak direbus, makan dengan ikan masin dan sambal tumis......fuyoooooo.sedap tu......semasa kecil2 dahulu, ditanah lapang sekeliling rumah memang terdapat pohon2 ubi yang subur hasil tangan arwah mak, kami adik beradik tau makan aja......

paling syok makan ubi rebus ni masa hujan, pekena lak kopi o pekat, dulu2 kalau nak makan, tokchik dan anak sedara tokchik yang bernama herman yang jadi tukang galinya. seingat tokchik, masa tu herman baru berumur sekitar 4 atau 5 tahun, kebiasaannya kami pilih yang saiz kecil2 sebab bila direbus cepat empuk dan lebih enak.....

dah beli, bawa balik kerumah, tokchik letakkkan ubi tu didapur, tak dimasak lagi, masa ditempat kerja entah macam mana tetiba tokchik teringin nak makan pengat ubi... mengalahkan orang mengidam pula........

balik rumah......projek bermula

daun pandan satu kemestian kalau nak buat pengat, daun pandan ni datangnya dari taman mini tokchik.......... dah memberikan hasil beb......nak masak petik aja..

ubi yang dah siap dipotong, dicampur dengan daun pandan, tokchik rebus dahulu sehingga 3/4 masak.

ini pun satu kemestian kalau buat pengat, sagu biji...kali ni guna yag ada warna....konon2 nak kasi cantik...... jirus kan air keatasnya dan ditoskan...

dah masukkan gula pasir, gula merah, secubit garam dan santan, pastikan jangan sampai pecah minyak.

apabila kuahnya dah mengeleggak beberapa ketika, masukkan sagu biji tadi, gaul rata, biarkan sehingga sagu kembang..... matikan api

dah siap pun pengat tokchik........jom makan........yang bestnya sudu yang digunakan tu... sudu pattern dulu2......

3 comments:

kucingorengemok said...

salam tok chik, buat lawatan balas :) ye kita orang johor, tapi bukan bro lah, heheh

Anonymous said...

mcm best je,nak rasa sikit boleh ke?

tok_chik said...

ya le kucing gemuk.....
bukan bro
tapi wak..........
hehehe
terasa kejawaannnya

Followers