Tuesday, January 26, 2010

daging masak bawang goreng

semasa ditempat keja tokchik mengira2 apa menu malam ni,teringin nak makan soto, tetapi bila dah sampai kewarung yang menjualnya....tutuplah pula.

teringat dalam peti sejuk masa ada kira2 sekilo daging lembu, keluarkan daging, masukkan kedalam peressure cooker.....rebus selama 20 minit, sambil mata melilau mecari bahan untuk memasak

dapat idea.... gulai daging bawang goreng
sediakan


rempah penumis, bawang merah dan bawang putih untuk menumis

daun ketumbar dan daun pudina ( daun pudina ni dari taman mini tokchik)

bawang goreng (untuk sekilo daging 250gram bawang dimayang dan dibuat bawang goreng)

bawang merah, halia, bawang putih juga 3 batang serai dikisar (serai tak ada dalam gambar)


tomato dan juga kentang

yougart tanpa perisa

jom kita mula memasak



panaskan minyak sapi sehingga cair, tumiskan bawang hiris dan rempah penumis sehingga naik baunya atau bawang nampak kekuningan

ss
masukkan bahan yang dikisar, tumis sehingga garing


masukkan rempah... tokchik gunakan rempah beriani, tumis sehingga pecah minyak

masukkan air, kentang dan juga daging



bila daging dan kentang sudah separuh masak, masukkan tomato, daun pudina dan daun ketumbar serta bawang goreng


bila kuahnya dah mula memekat daging dan kentang dah empuk, masukkan yougart, tambah garam, sedikit gula, masak sehingga kuahnya pekat..... ketika ini api jangan terlalu besar nanti hangus dan hendaklah selalu dikacau.

Sunday, January 24, 2010

taman mini ku


masih ingat coretan tokchik tentang taman mini tokchik. kalai ni tokchik nak kongsi le gambar terkini tumbuhan ditaman mini tu. nampak suburkan. kalau setakat nak guna daun pandan 3 helai dah tak perlu beli, daun kesum pun macam tu

rajin membaca tak rajin membeli

berapa ramai daripada kita yang suka mengunjungi kedai buku? berapa ramai pula yang rajin membeli buku2 untuk dibaca dan dijadikan koleksi.

gambar dibawah ni tokchik rakamkan dikedai buku Popular.......

rajin membaca........ tapi yang pasti memang tak akan membeli, walauapa pun bagus juga dalam gawat2 macam ni berjimat cermat

"breathe right"

pernah dengar nama ni? alaaaa............ iklan kat tv tu pelakunnya eizlan yusuf.....alat ni berfungsi membuka rongga hidung bagi mengurangkan dengkuran semasa tidur.

semasa melilau mencari barang diwatson jaya jusco bukit tinggi, tokchik disapa oleh promoter product ni....
"selamat petang..encik pernah dengar tentang satu alat yang boleh membantu mengurangkan dengkuran semasa tidur?" dengan senyum lebar amoi tu menyapa
" ntah ya........." tokchik pura2 blur.

sambil dia membebel sempat juga tokchik snap gambar dia, terkesima dia sekejap, malu2 konon bila tokchik kata nak masukkan kat blog tokchik......
"jangan kasi nampak muka lor" dia merayu...... sendiri agak le ngapa ya...heheheh.........

"encik mau cuba ke" dia bertanya
" ok lor......... " benda percuma, cuba aja le, jangan jual mahal..... bukan kena bayar pun


memang betul, bila dah dipasang alat tu terasa pernafasan jadi lebih selesa, dia juga memberitahu jika selesema / hidung tersumbat, alat ini juga bagus digunakan

Monday, January 18, 2010

diskaun 50%

balik keja jam 6 tadi, tokchik entah bagai mana boleh melencong ke jusco bukit tinggi........ "aik..........macam mana lak aku leh terlajak kesini, kan aku plan nak terus kerumah aja lepas keja tadi" sambil memandu sambil tu tokchik membebel seorang

"arghhhhhh....... jalan aja le" keputusan diambil.

meronda-ronda, melilau sendirian......... tokchik meninjau2 kebahagian pekakasan rumah....... jeng..........jeng..........jeng........ terjumpa lak tokchik apa yang tokchik cari sebelum ni.........tesco dah diredah, giant dah ditinjau, carefour dah dijenguk......tak juga ketemu yang dihajatkan------------> zoooooooommmmmmmmm terus mata ni...."alahai..... perjalanan yang tak dirancang rupanya membawa rahmat" dalam nada gembira hati berbisik


ini lah barang yang tokchik cari selama ini.... hot and cool thermos, puas rasa dihati.... harga tak mahal......rm 27.90...... ingat kisah mata ganjaran EON bank yang pernah tokchik coretakn dulu..tokchik ingt saiznya sebesar ini aja tetapi bila sampai besar gedabak bekasnya.....


berbalik kepada tajuk entry tokchik kali ini diskaun 50%....... tokchik menyedari... pada hari2 biasa/ hari berkerja...... selepas jam 7, pihak pasaraya kebiasaanya membuat tawaran 50% dibahagian makanan (walaupun bukan semua)yang menarik perhatian tokchik adalah durian yang dah siap dikupas dan dibungkus diberikan diskaun 50%...apa lagi sapu le satu......

lain kalai tokchik nak pergi lagi lepas waktu kerja..... isnin sampai khamis aja le

akibat kencing manis

kesian tokchik tengok rakan sekerja ni, dia sememangnya telah disahkan mengidap penyakit kencing manis, dah bertahun pun.... setahun yang lepas ibu jari kakinya mula bermasalah, luka yang tak mau sembuh.dinasihatkan supaya ke hospital dia tak mau, hanya mengambil ubat diklinik dan juga sesekali memakan ubat herba cina......bab makan semua dia sapu..... mujur lalu melintang patah

kisah sedihnya bermula pada bulan disember 2009, dia akur juga pada nasihat doktor untuk dimasukkan kewad bagi tujuan pemantauan kerana ibu jari kakinya tak ada tanda2 akan sembuh........ zuppppppppppppp.............. POTONG-->>> POOTONG---->>>>> POTONG......Itu keputusan doktor.....diberikan cuti selama simggu selepas pemotongan...... habis cuti, beliau ke hospital semula... ayooooooyooooo....ini macam tarak boleh........ lagi potong............ doktor pootong lagi sebab luka kesan potongan yang pertama telah bernanah...... adussssssssss......kesian dia....

lepasa pemotongan kali kedua, dia dah takut nak kehospital... tambahan pula ada yang dah memandai2 konon2nya akan dipotong lagi.......



ini le orangnya...kesian bila tengok....tapi tak mudah mengawal nafsu makan..... walaupun dia tau bnyak pantang larangnya kalau dah kena kencing manis nie

gambar dari dekat .......

tokchik dah kasia tau kat dia...... kena ke hospital...kalau kena potong pun potng le ....... tak leh nak buat apa......kalau dah tak leh nak keja...kena apply pencen illiat dari pihak perkeso........

Sunday, January 17, 2010

laksa johor tokchik

bangun tidur pagi minggu ni tetiba dok teringin nak makan laksa johor..... adushhhhhhhhhhhhhhhh.......... mengalahkan orng mengidam bunting sulon pulak jadinya.....

buka kabinet... yesssssssssss..........speggetti ada........ buka peti sejuk.....alamak..kena kepasar..... cari bahan2 untuk kuah dan ulam2nya...apa2 pun mandi dulu.......list dah ditangan....... apa lagi..mulakan misi mencari bahan

1. ikan kembung kalau nak sedap ikan tenggiri
2. santan
3. ulam2an..... tauge, kacang panjang, kobis, timun, daun kesum

balik rumah, mulakan aktiviti memasak.....


bersihkan ikan, lepas tu rebus ikan bersama dengan asam keping


celur speggeti..... masa mencelur campurkan sedikit minyak masak dan garam, speggetti yang dicelur lebih sedap rasanya dan tak melekat antara satu sama lain.


sediakan ulam2nya.... ikut suka sendiri apa ulam/sayuran yang nak dimakan bersama laksa johor tu nanti

sediakan sambal belacan...sebab laksa johor kena ada sambal belacan sebagai pelengkapnya

ikan yang dah direbus tadi diambil isinya dan dikisar halus
masa untuk memasak kuah laksa johor..........bawang putih, bawang merah, halia, sedikit lengkuas, kisar halus.........

tumis sehingga naik wangi/garing, masukkan serbuk kari, gaul rata biarkan sehingga pecah minyak




masukkan air asam, santan, isi ikan yang dikisar dan juga daun kesum.... gaul rata
* TOKCHIK MERASAKAN BILA DAUN KESUM DAN BUNGA KANTAN DICAMPUR BERSAMA AROMA/BAU DAUN KESUM/BUNGA KANTAN TAK BANGKIT, JADI PILIHLAH IKUT SELERA MASING2.... ANTARA BUNGA KANTAN DAN DAUN KESUM.

bila kuah dah mendidih beberapa ketika, masukkan kerisik, tambahkan garam dan secubit gula.


jom makan

Thursday, January 14, 2010

huat kue

kuih apam ni selalunya orang cina gunakan masa sembahyang, dok perhatikan kekawan cina ditepmat kerja makan kuih ini, ada pula yang membuatnya, mengendeng le resepinya...... mencuba le.....

resepinya
600gram tepung
300gram gula
1 biji telur
1 sudu majerin
1 sudu air abu
450ml air (tambah jika perlu)
1 peket yis segera


cara-caranya
memula bancuhkan yis dengan air suam yang dicampur dengan sedikit gula dan tepung gandum.... orang kita cakap......buat ibunya dulu.

lepas tu bermulalah proses membancuhnya, adalah diingatkan...kena ikut turutan jangan memandai mengubahnya. senang cakap bahan2 ini diletakkan selapis demi selapis

1.... masukkan tepung kedalam bekas
2.... masukkan gula
3.... masukan telur
4.... masukkan majerin
5.... masukkan "ibu apamnya" / bancuhan yis yang dah dibuat tadi
6.... masukkan air (jangan tuang sekali gus, kalau tak cukup baru tambah)
7.... masukkan air abu (boleh beli dipasar raya)

ini le rupanya bila semua bahan tadi dah dibancuh rata, kena diperapkan delama 4 jam


apabila bancuhan dah mengembang (selepas 2 jam dibancuh)ambil senduk ke sudip ke atau apa saja, "kacau" adunan tersebut.....tujuannya supaya adunan tersebut "turun".... biarkan adunan tersebut "naik/mengembang" semula selama 2 jam




sediakan pengukus, sendukan adunan kedalam bekas, kukus selama 25 minit (bergantung kepada saiz acuan) kebiasaannya warna huat kue ini akan bertukar menjadi cokelat bila dah masak...... mengapa jadi begitu? jawabanya mudah....warnanya bertukar kerana penggunaan air abu.....

cuma yang tokchik tak puas hati, ianya tak merekah cantik seperti yang dijual tu..... tak pa.......akan diusahakan lagi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.....hehehe

Tuesday, January 12, 2010

kerepek NGAKU

orng cina panggil "NGAKU", kebiasaannya menjelma ketika menjelang sambutan tahun baru cina....... tak tau bagaimana rupanya!!!!!!!!!.... jangan risau, tokchik tepekkan gambarnya

ini le rupanya buah ngaku,

untuk membuat kerepek NGAKU, sediakan bekas, isikan dengan air, tambahkan garam secukup rasa, buang kulit luarnya...nipis sangat kulitnya.......

siap mengupas kulit luarnya.......dah tak reti2 nak menyagatnya....takkan nak digoreng seketul2, nanti jadi mcm cempedak goreng pulak........ hahahaaaaaaaaaaaaaaa

dah habis menyagat kesemuanya, biarkan NGAKU terendam sekitar 30 minit - sejam, kemudian bolehlah ditoskan sebelum proses menggoreng bermula


petua daripada tokchik....kalau nak kerepek yag garingnya sekata...... semasa menggoreng, tindihkan aja kerepek tersebut dengan jaring supaya kerepek tersebut terendam, tak perlu asyik nak mengodeh, tak perlu asyik nak membalikannya....kalau menggoreng karipap pun bagus guna cara begini, masaknya sekata, jimat masa dan kerja, kerja2 memasak ni kena juga ada tricknya.........baru lebih syok



ini le hasilnya......... ngaku ni rasanya ada seakan2 keladi tetapi rasa NGAKU ni lebih lemak, kalau dah mula mengunyah...... memang susah nak berhenti.

cuba2 le

Followers