Wednesday, January 6, 2010

mabuk judi

betul lah kata orang tua2, kalau dah ketagih judi, kalau dah mabuk judi........ papa kedana jadinya, semua pun habis tergadai, dimana letaknya akal, dimana letaknya kewarasan, hilang pertimbangan. ada yang gila berjudi "tikam nombor ekor".... toto, magnum, kuda.semua dibelasahnya, ada yang kemaruk main judi "mesin kuda", yang kemaruk berjudi digenting, dan macam2 lagi le jenis judi yang ada nie...nak sebut semua tak tau sebab tokchik bukan kaki judi.

kalau kita yang bukan kaki judi, habis rm 10.00 untuk benda mengarut tu dah rasa rugi sangat2, tapi bagi kaki judi ni...... mereka macam tak kisah pulak.

ini kisah benar yang tokchik nak kongsi untuk jadi renungan bersama, sekurang2nya kita tak jadi seperti mereka, bukan nak mengaibkan orang, cuma niat hati untuk dijadikan ikhtibar buat kita bersama.

kisah pertama

ini terjadi 10 tahun dahulu, semasa tu tokchik menetap ditaman perling johor, ada sorang budak ni, kemaruk main judi mesin kuda, menang tak banyak mana, melingkup yang lebih, kesudahannya berhutang dengan along/ceti haram...... bila hutang tak dapat dibayar.......terpaksa melarikan diri balik kampung dikelantan, hidup jadi bercelaru, anak bini jadi haru.

kes kedua
rakan sekerja tokchik, umur awal 50an, menggelapkan duit syarikat, kali pertama sekitar rm 20k, pihak syarikat memberi peluang kedua, selang beberapa lama, buat hal sekali lagi, pihak syarikat dapat mengesan penyelewangan beliau apabila pihak syarikat menghantar surat meminta pelanggan menjelaskan hutang mereka, tetapi pelanggan memberitahu, semua bayaran telah dijelaskan kepada wakil syarikat, beliau telah menggunakan resit palsu dan meminta cek dikeluarkan dalam bentuk cek tunai... keseluruhan wang yang digelapkan oleh beliau hampir rm 60k. boss tokchik memang baik, beliau diminta melepaskan jawatannya dan tiada sebarang tindakkan undang2 diambil.

kes ketiga
membabitkan wakil syarikat juga. ini yang masih panas lagi ........ yang ini pula, kalau tengok muka ........ nampak macam orang baik2 aja........ tak nampak muka kaki judi, muka kaki pompuan, muka dajal atau yang sewaktu dengan nya.... dia ni pula tak belajar dari kesilapan,

kali pertama dia kantoi dengan masalah hutang akibat judi seingat tokchik sekitar tahun 2006......... semasa itu beliau meminta pertolongan pihak syarikat untuk menjelaskan hutang dengan along sebanyak rm 60k, konon2nya hutang tersebut dibuat oleh ibunya,

usai denga hutang tersebut, dia buat hal lagi...... penghujung 2008..... kali ini kalah judi digenting, habis semua kad kredit yang ada digunakan sehingga had yang dibenarkan, hutang lagi dengan along....... jumlah keseluruhan mencecah rm 110k...dengan muka sedih, muka orang berdosa, muka nak bertaubat konon2nya berulang alik kebilik boss memninta bantuan.........akhirnya boss bersedia membantu..........sebagai tukarannya.........rumah milik beliau bertukar tangan kepada pihak syarikat...... muka yang muram bertukar ceria.

kelmarin tokchik dengar cerita, kes berulang kembali, tetapi kali ini pihak syarikat tak mahu membantu, sebab peringatan telah diberikan semasa terjadinya kes kedua, cuma kali ini tokchik tak tau berapa jumlah hutang yang ditanggung oleh beliau. kali ini beliau memilih untuk berhenti kerja, muka pun moyok aja........kalau dibolehkan bertanya/bercakap sesuatu kepada beliau, tokchik cuma nak bertanya........MENGAPA KAU TAK PERNAH SERIK........ kesian kat anak bini dia, berita terkini, isteri beliau memilih untuk bercerai. . . padan muka dia........... ada otak tak nak guna.......

No comments:

Followers