Monday, December 17, 2012

tempoyak goreng

bahan2 yang diperlukan :
3 sudu tempoyak
cili padi - anggaran 15 biji
bawang besar - dihiris
segenggam ikan bilis

cara pertama :
hiriskan lada dan bawang

cara kedua:
tumbuk lada, bawang dan ikan bilis

penyediaannya :
panaskan minyak
tumis bahan yang dihiris/ditumbuk sehingga layu / garing
masukkan tempoyak, gaul rata
tambahkan sedikit air, garam dan gula secukupnya
renihkan dengan api kecil, masak sehingga tempayak berwarna keperangan

3 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum sdp tu mmg fv saya makanan tempoyank ni...pernah buat tempoyak tumis letak petai...harum semerbak buak...nni nak cuna yg resepi ni pula....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau dpt ni tokcik... silap2 nasi 2 pinggan pun tak cukup.. hehe..

tok_chik said...

sheila shafeareen dan madiha
memang sedap...(bukan kes masuk bakul angkat sendiri)
terasa kelainannya.
tc suruh abang dan kakak ipar yang datang bertamu merasanya, kakak ipar tc siap bertanyakan resepinya
pada pengamatan tc, bawang, lada dan ikan bilis yang ditumbuk kasar lebih sedap rasanya berbanding yang dihiris
seperti kata madiha...tak perasan menambah nasi,
kalau untuk tc...pelengkap lauknya, ikan masin goreng, ulam petai atau jering

Followers