Friday, July 1, 2011

bika ambon pandan


terpanggil dengan catatan daripada cu, makcik kerabu dan myzun, tc cuba sekali lagi menyediakan bika ambon, kali ni tc letak pandan emulco dan membuat sedikit perubahan dalam cara penbyediaannya


kueh bika ambon
Bahan A
1 paket yist segera mauripan
15 gram gula pasir
10 gram tepung gandum
60ml air suam

Bahan B
300ml santan pekat
1/4 sudu teh garam
4 helai daun pandan (resepi asal menggunakan 10 helai daun limau purut)

tc gaulkan 300ml air panas dengan sebiji kelapa parut, kemudian baru diperah, jadi tc tak perlu masak santannya
tapi cara asal memerlukan santan, garam dan dan daun limau purut didihkan...jadi terserah cara mana yang ingin dicuba


Bahan C
10 biji telur - diambil kuningnya sahaja
200 gram gula pasir ( tokchik kisar gula sehingga halus menggunakan pengisar kering)

Bahan D
150gram tepung sagu (resepi asal sagu rumbia, tapi tokchik guna sagu ubi)
2 sudu makan tepung pulut
1/2 sudu teh serbuk vanilla / essen vanila
secubit garam


dibawah ini tokchik tujukkan cara-cara membuatnya

langkah 1 (sediakan 10 minit lebih awal)

1 paket yist segera mauripan
15 gram gula pasir
10 gram tepung gandum
60ml air suam

ini pula santan yang diperah daripada sebiji kelapa yang dah digaul dengan air panas, jadi tak berlaku masalah pecah minyak, ini langkah short cut tc


putarkan kuning telur dan gula yang dah dikisar sehingga kembang

bekas ni mengandungi 150 gram tepung ubi dan 2 sudu makan tepung pulut serta 1 sudu teh vanilla


kemudian, tuangkan kuning telur yang dah diputar bersama gula kedalam bekas yang mengandungi tepung ubi, gaul rata

tuangkan santan, dan gaul rata

campurkan yis yang dah mengembang dan 1 sudu teh pandan emulco. perapkan selama lebih kuran 4jam (yang ni tc perapkan 5 jam)

panas kan oven pada suhu 150celsius,
gaul semula adunan kueh tadi sebab tepung ubi dah mendak kedasar bekas
ambil loyang pembakar, letakkan sedikit minyak masak dan tc panaskan loyang pembakar tu diatas dapur gas, kemudian tuangkan adunan yang telah digaul rata kedalam loyang pembakar biarkan sekejap diatas dapur gas (sekitar 1 minit lebih) baru dialihkan kedalam oven. kali ini ianya memberikan tc hasil yang cukup memuaskan

5 comments:

myzun said...

Alamak tokchik tima kasih banyak share lagi resepi ni..saya sebenarnya dah banyak kali buat ambon ni..dah naik seram sejuk nak try..but rasanya bila tengok steps yang tokchik beri ni dah naik 'syeh' lak nak try but next week la kut sbb anak yang duk asrama tu balik dia yang suka sangat ambon ni..ok kalau dah buat nanti Mai uploadkan gambar..sayang tokchik..

Anonymous said...

setelah sekian lama mencari akhirnya ketemua juga resepi bika ambon dalam bahasa Malaysia baku. terima kasih tokchik

tok_chik said...

sama2, cuma bika ambon ni kekadang "meragam" tak nak menjadi
tc buat dgn resepi dan cara yang serupa
ada masa menjadi ada masa tidak

Anonymous said...

Hi tokchik,ur bika Ambon looks yummy.may I know ur baking pan size for this bika? Tq

tok_chik said...

tq...
i'm using baking pan size 8" x 8"

Followers