Saturday, July 9, 2011

pulut panggang


teringin sangat nak makan pulut panggang, bukan tak boleh beli yang dijual digerai2 tetapi kepuasan bila membuatnya sendiri kerana ianya dimasak mengikut kehendak dan citarasa kita
macam biasa...kena sediakan serunding kelapa terlebih dahulu. tc kisarakan:
bawang merah
bawang puteh
serai
lada kering
udang kering/ikan bilis (pilihan)

ketumbar dan jintan puteh digoreng (BUKAN DISANGAI YA) - kemudian ditumbuk kasar
kelapa parut - ambil bahagian puteh sahaja

Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga garing, senang cakap bila kita boleh lihat minyak mula timbul keatas, masukkan ketumbar jintan yang dah ditumbuk kasar, gaul rata
tambahkan garam dan gula secukupnya. kebiasaannya serunding kelapa ni rasanya agak manis,
baru masukkan kelapa parut dan gaul rata
biarkan serunding sejuk

tanak pulut, tambahkan sedikit santan serta jangan lupa letakkan garam secukupnya


layur daun pisang, kemudian siat2 kan daun pisang ikut saiz yang dikehendaki,
ambik pulut..leperkan diatas daun pisang, letakkan serunding diatasnya dan gulung, steplerkan aja dikedua2 bahagian hujungnya

tc gunakan kuali tak melekat untuk memanggang pulut yang dah siap dibungkus, lengserkan dengan sedikit minyak baru letakkan pulut,



dan inilah hasilnya.

No comments:

Followers