Tuesday, January 27, 2009
kenduri oh kenduri
tujuan utama tokchik pulang kerumah kakak di kluang kerana tokchik dah berniat nak buat kenduri arwah untuk kedua orang tua tokchik, abang dan kakak tokchik yang dah meninggal dunia.
kakak tokchik ni dok felda, tapi jangan le tanya tokchik kat felda mana, macam kata tok ti..... biarlah rahsia.....hahahaha
apa yang seronoknya disini, semangat gotong royong sesama jiran masih kuat, masih utuh......pagi2 jiran-jiran kakak dah sampai.
pagi2 lepas balik dari pasar, tokchik dan abang ipar dah mula "bertugas".... kena potong ayam.... tok chik tenyeh aja le, buat part yang mudah2, bukan tokchik malas, nanti ayam tu bukan nya terpotong dgn elok, jadi hancur lak. .
yang seronok masa ni, terasa sangat keakraban sesama jiran, bersenda gurau, gelak tertawa.... tak terasa beban kerja yang dibuat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment