Monday, February 2, 2009

jakarta oh jakarta





tercapai juga hajat tokchik nak menjejakkan kaki ke tanah jawa, pesawat yang membawa tokchik selamat mendarat di lapangan terbang sukarno hatta di cangkerang........

masuk aja ke balai ketibaan, tokchik menghidupkan telefon bimbit tokchik............bluppppppppppppppppppppppp..............masalah ni......dug dag dug dag......jadi nya hati tokchik........... tokchik lupa nak aktifkan rooming hp tokchik...........

berpeluh kejap, sambil berdoa semuga orang yang menjemput tok chik dapat mencari tokchik di celah-celah manusia yang ramai kata balai ketibaan tersebut. melilau mencari si cahaya tak kelihatan, tokchik berlagak macam dah biasa walaupun berkali disapa oleh orang yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, berjalan keluar mengharap dia ada diluar balai ketibaan.........tak kelihatan....sebutir dua peluh mula menitik........selepas 10 minit diluar, tokchik berjalan masuk semula, ketika itu terlihat cahaya menuju keluar, ........LEGAAAAAAAAAA............ rupanya dia juga mencari tokchik, selepas gagal menghubungi hp tokchik....

dibawanya kerumah menaiki speda motor, mata tokchik melilau memerhatikan persekitaran, dalam hati berkata........" Ohhhhhhhhhh...........begini rupanya jakarta"....

No comments:

Followers