Monday, February 2, 2009
LCCT......BANJIR LE PULAK
usai majlis kenduri ditempat kakak, tokchik bergegas pulang, almaklum le nak berkemas, nak bersiap, kerana tokchik nak ke jakarta........perjalanan pergi pada 28hb jan dan pulangnya pada 1hb feb 2009
terlajur cuti panjang sempena tahun baru cina ni, pulak tu baru dapat bonus tu yang bersemangat sikit nak berjalan, masa ni le kalau nak merasa jadi jutawan, pegang duit berjuta2 dalam tangan, tukar aja dari RM kepada Rupiah.............jadi le kita jutawan segera,
2 jam sebelum penerbangan, tokchik dah ada di LCCT, selesai urusan daftar masuk dan juga pemeriksaan imigresen, tokchik masuk kebalai berlepas lcct, sementara nak menunggu waktu naik pesawat, tokchik melilau melihat sekitar, lpas tu dok membaca novel yang di bawa,
kira-kira 40 minit sebelum waktu berlepas (kalau ikut apa yang tertera kat tiket tokchik le) hujan turun mencurah-curah, lebat sekali, sekelip mata........air mula memasuki ruangan dalam terminal LCCT, kelam kabut petugas yang ada mengangkat barang yang ada dilantai,kelam kabut pekerja pembersihan mengelap lantai yang basah,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment