Sunday, November 22, 2009

berhati-hati jangan sampai tertipu

tokchik menyinggah dihentian rehat dengkil dalam perjalanan pulang kerumah dari LCCT. biasa le...... nak terkucil..........hehehe
elok sahaja tokchik masuk kepetak parking,tokchik perasan ada satu mamat dok tersengih2 memandang tokchik,
"aku kenal ke budak ni" dalam hati berkata.
tetiba dia mengangkat tangan dan menunjukkan handphone jenama nokia model N95 (sebab dulu tokchik guna model ni). tokchik berikan isyarat tak berminat.

matikan enjin kereta, keluar, pastikan kereta dah dikunci tokchik bergegas ketandas, usai segalanya tokchik menuju kekereta semula, kali ni tokchik dihampiri lagi oleh seorang lelaki lain tetapi dengan tujuan yang sama. bila tokchik perhatikan, tokchik menyedari bahawa mereka ni bergerak secara berkumpulan sebab dari pengamatan tokchik terdapat 3 orang yang berkeliaran dikawasan tersebut mencari mangsa.


perhatikan lelaki yang berbaju gelap dan berbaju putih didalam gambar diatas, mereka sedang mencari mangsa.


lelaki yang berbaju gelap ni yang telah menghampiri tokchik sambil menawarkan hanphone "model nokia" dengan selamba tokchik keluarkan handphone tokchik....wa pun guna nokia juga bro ...... N86"

kawan tokchik pernah terkena dengan taktik sebegini.....terbang rm500.00 gara2 tergoda dengan handphone yang ditawarkan..... made in china...... boleh digunakan walapun fungsinya tidak 100%. tapi kalau nasib tak baik diberikan h/p yag biasa digunakan sebagai display model dikaunter2 menjual handphone

No comments:

Followers