Monday, November 23, 2009

kek coklat kukus

bahan2

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan majerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1.1/4" cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat of soda
3 biji telur

cara2nya

campurkan serbuk koko, gula pasir, susu dan majerin, panaskan diatas api sehingga gula larut sepenuh, pastikan api tidak terlalu besar bagi mengelakkan campuran tersebut hangus(tokchik guna kuali aja, sebab mudah nak "mengacau" adunan berkenaan)
apabila gula telah hancur, matikan api, angkat dan sejukan bancuhan tersebut.


campurkan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, ayak rata.....untuk memudahkan kerja, tokchik gunakan tepung naik sendiri dan dicampur dgn soda bikarbonat.

tuang susu pekat kedalam adunan yang telah sejuk dan digaul rata.
masukkan telur yang telah dipukul, gaul rata


masukkan tepung kedalam adunan, bancuh sehingga sekata/sebati

tuangkan kedalam acuan dan kukus selama sejam.


nota : adunan akan mengembang / naik 2 kali ganda, sila gunakan loyang yang tinggi dan besar,

hasilnya




selamat mencuba

No comments:

Followers