Sunday, February 21, 2010

kota medan - jalan2 ke brastagi

perancangan awal, kami nak kedanau toba, tetapi jarak perjalanan yang jauh dan kesuntukkan masa menyebabkan kami hanya menujuke brastagi, kawasan tanah tinggi dengan cuaca yang dingin dan menyegarkan

menaiki bus kesana, tambangnya kalau tak silap tokchik rp 8000 seorang, perjalan pergi mengambil masa sekitar 1.5 jam, tapi cara pemanduannya menakutkan, sudah le jalannya bersimpang siur, busnya dipandu laju, cara pemanduannya seperti gelagat pemandu bus mini di kuala lumpur sekitar tahun 80an. kecut perut jadinya.

ini le bus yang akan membawa tokchik ke brastagi

keadaan dalam bus, sepanjang perjalanan, pemandu bus memainkan dvd lagu dangdut yang dinyanyikan dalam bahasa karo....


sempat lah juga snap sekeping dua gambar dari dalam bus


dah samppai pun dibrastagi,




naik angkut untuk ke gouling (ntah betul ntah tidak)tak jauh daripada brastagi, angkut merupakan van yang diubahsuai,


sampai digouling tu tokchik terpandang banyak kanves yang direntangkan dan dibawah nya terdapat tikar yang siap terhampar, rupa-rupanya tikar2 tersebut tempat untuk pengunjung berehat, tetapi harus dibayar sewanya, kalau tak silap rp30 ribu.


pemandangan dari tanah tinggi, suhu disini sekejap sejuk, sekejap seperti biasa, cameron highland / genting higland sekiranya tak dikawal persekitarannya akan jadi seperti tempat ini juga,




terdapat perkhidmatan menunggang kuda dan juga naik delman/ pedati yang ditarik oleh kuda, rp20 ribu untuk menunggang kuda dan rp25 ribu untuk naik delman


rasa macam nak terjongkita ja pedati ni mas atokchik naik, almaklum le tokchik ni kan "comel"





dibrastagi dan juga di gouling ni, tahi kuda bersepah2, tetapi nasib baik juga ada yang tukang sapunya,

didepan pejabat kerajaan dibrastagi

bus yang dinaiki ketika balik ke medan, dah le kecik dan sempit, buruk, dengan cuaca yang membahang, perjalanan pulang ke medan cukup menyiksakan.....tokchik bangga dok di malaysia

No comments:

Followers