Tuesday, February 9, 2010

majlis akad nikah ain dan wan

syukur kehadrat Illahi, majlis akad nikah ain dan wan telah selamat dijalankan dimasjid jamek bandar segamat pada tarikh 08-02-2010 jam 11.45pagi. dengan sekali lafaz ain sah menjadi isteri wan.


mengisi borang permohonan kebenaran bernikah, dah nak kahwin pun masih nak mengada2 dengan abahnya......anak abah lah katakan

kasih seorang abg dan kaka ipar kepada siadik, walaupun ada kalanya geram, tetapi bila sampai masa adik nak menikah, sibuk merancang yang terbaik untuk siadik, gambar ni semasa L dan Ojie mencari barang/ cenderahati untuk tetamu dimajlis pernikahan ain nanti.

gotong royong menyediakan bunga rampai untuk majlis pernikahan esok, terima kasih ayang, ash, kak ojie juga pengantin sendiri.


dah siap pun bunga rampai untuk majlis pada 08-02-2010. kak ojie berjaga sampai jam 2 pagi semata2 nak menyiapkan bekas bunga rampai tu.




sebelah malamnya, kami pakat-pakat buat "bachelor night", hanya membabitkan keluarga terdekat, kami panggang ayam, ikan, udang, masak mee hoon goreng, alhamdulillah, tokchik nampak ain enjoy dalam keriuhan malam tu,

ini dia orang yang ambik kontrak sebagai "tukang bakar" malam tu.....khalis, dari mula sampai habis.......dia yg jadi kepalanya.terima kasih khalis.



usai majlis makan2, sessi berinai lah pulak, masa ni hati tokchik jadi sayu, dalam hati berkata "kesiannya anak saudara aku", sepatutnya sang ibu yang menginaikan tangan anak daranya, tapi dah takdir menentukan, arwah kakak meninggal terlebih dahulu, kalau tak pasti dialah orang yang paling seronok bila anak nak kahwin, tapi alhamdulillah.......ain beruntung mendapat ojie sebagai kakak ipar, sabar melayan kerenah ain,

No comments:

Followers