Monday, March 15, 2010

kueh kasuwie

ntah betul ntah tidah ejaannnya kasuwie atau kasui.........janji faham cukup le. dok melepak menonton dvd, tokchik teringat keenakkan kuih kasuwie yang dimakan semasa sarapan pagi dimedan (kalau betul le tu kuih kasuwie)

sambil menonton sambil melaksanakan missi........memasak kuih kasuwie.......

kebiasaannya...gula merah dan gula pasir dimasak terlebih dahulu dan disejukkan. tokchik buat shortcut..... blend aja kesemuanya dan ditapis

tambahkan sedikit kapur sirih

masukkan tepung gandum, sedikit tepung ubi kedalam air gula tadi, kisar rata

tuang kedalam acuan.... kalau tak ada guna aja loyang atau periuk, kukus selama 20 minit.


gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengna sedikit garam.





nota:
untuk mengelakkan kelapa dari basi, kukus dahulu sebentar, sejukkan baru dicampur dngan garam......... insyallah kelapa takkan basi / masam

No comments:

Followers