Wednesday, July 20, 2011

patin gulai tempoyak petai



ikan patin
2 papan petai
daun kesum
tempoyak
asam keping/belimbing buluh
santan
garam secukupnya

kisarkan:
cili padi
kunyit segar
sedikit belacan
bawang merah

didalam kuali / periuk letakkan ikan, masukkan tempoyak, daun kesum, asam keping/belimbing buluh, tuangkan bahan yang dikisar dah juga santan
didihkan dgn api kecil jangan sampai pecah minyak dan didhkan sampai ikan masak
tambahkan garam secukupnya, masukkan petai dah didihkan seikitar 2 minit, matikan api dan sedia untuk dihidangkan

tempoyak



boss bawa sebakul durian kepejabat, mana yang orang tak nak makan (almaklum le...bila dah bnyak masing2 mengada2 tekaknya) jadi tc minta sebab nak buat tempoyak.
balik kerumah, tc asingkan isi daripada biji durian.
masukkan kedalam botol, tambahkan garam dan juga gula, gaul rata kemudian tutp ketat2 dan simpan didalam peti sejuk, berbulan mampu bertahan.

piza




tc buat pizza....toppingnya tc tabur aja apa yang ada...tapi yang tc suka rotinya lembut

bahan2 utuk rotinya
350gram tepung roti (kalau tak ada guna aja tepung gandum)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/2 sudu besar yis segera
225ml air suam
1 sudu butter dicairkan/minyak masak/minyak zaiton

gaulkan tepung bersama yis dan gula didalam mangkuk
tuang minyak kedalam tepung dan ramas sehinnga menjadi seperti serbuk roti
larutkan garam didalam air, tuang kedalam tepung
uli adunan sehingga sebati dan tak melekat ditangan
perapkan selama 1-1/2 jam (tc bungkus aja dalam plastik bag)
tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin
bahagi dua adunan dan canaikan
letakkan diatas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit untuk doh naik semula
panaskan oven - 200celcius
bakar selama 6 - 8 minit
keluarkan dan sapukan sos tomato
taburkan keju mozarella kemudian letakkan toppingnya dan tabur lagi dgn keju diatasnya

bakar sehingga keju cair

langakh mudah, tc beli setin sos speggeti prego, tc panas kan minyak zaitun , tumiskan bawang pueth dan bawang merah yang didadu sehingga layu kemudian tc tuangkan sos dah gaul sebati..sejukkan

Tuesday, July 19, 2011

daging panggang


menggunakan pemang elektrik yang baru dibeli tu, tc panggang le daging yang telah siap diperap yang diberikan oleh anak buah tc


tc sedaiakan juga kentang goreng dan juga kobis yang dicampur mayonise, kuahnya tc masakkan sos lada hitam

alhamdulillah
sedap

apam pandan



menggunakan resepi yang sama dengan resepi apam gula merah cuma tc gantikan dgn gula puteh dan dimasukkan jus pandan
sedap bila digaulkan dengan kelapa parut bercampur garam

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yist
1-3/4 cawan air
1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis tambah lagi dalam 4 sudu makan)


kisarkan kesemua bahan diatas dan perapkan selama 1.5 jam
kukus selema 35-45 minit

Friday, July 15, 2011

durian muda masak lemak puteh


boss tempat kerja tc bawa balik sebakul durian, dalam pada tu ada pula tersesat sebiji dua yang belum cukup masak, baru nak mengkal aja isinya, jadi tc ambik bawa balik kerumah
"u mau buat apa, itu tak boleh makan masih mentah"
"SAYA MAU BIKIN SAYUR"
" sayur......mana ada orang bikin sayur durian muda ni"
"MEREKA TAK TAU, TAPI MY MOM PERNAH MASAK MASA SAYA KECIL2 DULU"

durian muda ni tc potong kecil, bahan lain yang akan dicampurkan bersama adalah santan, bawang merah yang dihiris, daun kunyit yang disiat2, sedikit belacan dan ikan bilis

satukan kesemua bahan dalam kuali/periuk, masak dengan api sederhana dan jangan sampai pecah minyak, tambahkan garam secukupnya
cukup mudah menyediakannya

Wednesday, July 13, 2011

sos lada hitam



1-1/2 cawan air (tc campurkan dengan 1 sudu makan pati ayam knorr)
1/2 cawan susu
3 sudu makan lada hitam yang dikisar halus
1 biji bawang besar yang didadu
3 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu butter (majerin pun boleh)
1-1/2 sudu makan tepung gandum
garam dan gula jika perlu

didihkan kesemua bahan yang diatas kecuali tepung gandum
biarkan mendidih sekitar 5 minit, masukkan tepung gandum yang dah dicampur sedikit air dan didihkan lagi
rasa garam gulanya
kalau nak lebih pekat warnanya, tambah sedikit lagi kicap

apam gula hangus




bahan2 yang diperlukan:

bahan A (diblender sekitar 3 - 4 minit)
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu makan majerin
3 sudu sus pekat manis

bahan B
1-1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikar bonat of soda

bahan C (dibuat gula hangus dan sejukkan- buat dahulu)
1-1/4 cawan gula
3/4 cawan air

kisar bahan A sehingga sebati (anggaran masa 3 - 4 minit)
kemudian masukkan gula hangus dan kisar lagi
tuangkan bahan yang dikisar kedalam bekas, masukkan tepung gandum yang telah dicampur bicarbonat of soda dan gaul rata
masukkan kedalam bekas dan kukus, juka bekas kecil sekitar 15 minit dah memadai, kalau yang besar seperti loyang 9" x 9" anggaran masa mengukus sekitar 45 - 55 minit

nota:
terlebih tuang adunan, bila dikukus apam tc naik membumbung....

tc tuang separas "bibir" yang dalam acuan tu, sapa sangka naiknya begini

apam beras aka apam tapai nasi


apam tepung beras aka apam tapai nasi ni kekadang tc buat menjadi, kekadang tak menjadi, dek kerana teringin, maka tc buat le tapai nasi terlebih dahulu,

ambilkan 1 atau 2 cawan nasi yang dah disejukkan (nasi baru ya bukan nasi semalaman), taburkan ragi secukupnya....cara meraginya...tumbuk halus ragi, menggunakan pengayak tepung atau tapis kopi, taburkan ragi keatas nasi...biar nampak memutih...simpan 2 malam

bahan2 yang diperlukan:
1 cawan tapai nasi
2 cawan air
2 cawan tepung beras (ramai yg mencadangkan tepung beras cap bunga teratai)
1 cawan gula (kurang kan sedikit )
1 peket eno
kelapa parut bercampur garam


masukkan gula, tapai nasi dan air kedalam pengisar dan kisar sehingga hancur
kemudian masukkan tepung beras ddan kisar sebati (+/- 2 minit masa mengisarnya)
tuangkan kedalam periuk atau bekas plastik besar bertutup, perap sekitar 8 jam
sebelum mengukus masukkan sepeket eno...gaul rata


kukus selama 10 - 15 minit, hidangkan dengan kelapa parut bercampur garam

pemangang elektrik philips




dah lama pasang angan2 nak memiliki pemanggang elektrik ni, semasa berjalan2 kat jusco bukit tinggi tc terpandangkan pemanggang ni, belek2, renung2 akhirnya tc sambar juga satu
lepas le hajat nak meilikiny,

Saturday, July 9, 2011

sambal taucu


sediakan:
taucu secukupnya - basuh untuk hilangkan kemasinannya
ikan bilis - digoreng terlebih dahulu
sedikit santan

hiriskan:
bawang merah
cili padi

panaskan minyak, tumiskan ladda dan bawang sehingga layu, kebiasaannya tc akan keluarkan minyak yang tak diperlukan
masukkan taucu, ikan bilis dan juga sedikit pati santan
didihkan, tambahkan gula secukupnya

nota:
boleh juga ditambahkan tempeh dan tauhu yang telah digoreng
sedap dimakan dengan nasi panas

pulut panggang


teringin sangat nak makan pulut panggang, bukan tak boleh beli yang dijual digerai2 tetapi kepuasan bila membuatnya sendiri kerana ianya dimasak mengikut kehendak dan citarasa kita
macam biasa...kena sediakan serunding kelapa terlebih dahulu. tc kisarakan:
bawang merah
bawang puteh
serai
lada kering
udang kering/ikan bilis (pilihan)

ketumbar dan jintan puteh digoreng (BUKAN DISANGAI YA) - kemudian ditumbuk kasar
kelapa parut - ambil bahagian puteh sahaja

Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga garing, senang cakap bila kita boleh lihat minyak mula timbul keatas, masukkan ketumbar jintan yang dah ditumbuk kasar, gaul rata
tambahkan garam dan gula secukupnya. kebiasaannya serunding kelapa ni rasanya agak manis,
baru masukkan kelapa parut dan gaul rata
biarkan serunding sejuk

tanak pulut, tambahkan sedikit santan serta jangan lupa letakkan garam secukupnya


layur daun pisang, kemudian siat2 kan daun pisang ikut saiz yang dikehendaki,
ambik pulut..leperkan diatas daun pisang, letakkan serunding diatasnya dan gulung, steplerkan aja dikedua2 bahagian hujungnya

tc gunakan kuali tak melekat untuk memanggang pulut yang dah siap dibungkus, lengserkan dengan sedikit minyak baru letakkan pulut,



dan inilah hasilnya.

Tuesday, July 5, 2011

ragam penyewa


penyewa rumah tc di johor bahru dah pindah, pindah tanpa sebarang notis, tc sebagai tuan rumah pula yang bersusah payah menghubungi tetapi langsung tak ada respond sehinggalah tc menghantar sms berbunyi:
"saya tak larang anda nak pindah, tetapi buatlah cara berhemah, susah ssangat ke nak beritau saya, tolong pulangkan kunci rumah saya, hantarkan sahaja kepada jiran didepan rumah tu"
sms tc tu berjawab "SAYA TAK TAU MACAM MANA NAK MENGHUBUNGI ENCIK SEBAB SAYA TAK SIMPAN NO ENCIK"
itu jawaban tak masuk dek akal,sms tc sebelum ni dan panggilan tel daripada tc yang tak berjawab tu apa kebendanya.
awal bulan 7 tc balik ke jb menjenguk rumah tc, ya ampun....agaknya penyewa ni memang begini lakunya....BUKAN HAK AKU, APA AKU PEDULI

pintu masuk terkopak kat bahagian kuncinya

yang paling tak tahan, keadaan tandas dan bilik mandi yang menjijikkan.


tc taburkan klorin semalaman untuk menghilangkan kesan kotorannya
mangkuk tandas tu dapat le "dijernihkan" tapi simennya tak mau nak molek seperti dulu. nak kena dipasangkan tile lepas ni

Friday, July 1, 2011

bika ambon pandan


terpanggil dengan catatan daripada cu, makcik kerabu dan myzun, tc cuba sekali lagi menyediakan bika ambon, kali ni tc letak pandan emulco dan membuat sedikit perubahan dalam cara penbyediaannya


kueh bika ambon
Bahan A
1 paket yist segera mauripan
15 gram gula pasir
10 gram tepung gandum
60ml air suam

Bahan B
300ml santan pekat
1/4 sudu teh garam
4 helai daun pandan (resepi asal menggunakan 10 helai daun limau purut)

tc gaulkan 300ml air panas dengan sebiji kelapa parut, kemudian baru diperah, jadi tc tak perlu masak santannya
tapi cara asal memerlukan santan, garam dan dan daun limau purut didihkan...jadi terserah cara mana yang ingin dicuba


Bahan C
10 biji telur - diambil kuningnya sahaja
200 gram gula pasir ( tokchik kisar gula sehingga halus menggunakan pengisar kering)

Bahan D
150gram tepung sagu (resepi asal sagu rumbia, tapi tokchik guna sagu ubi)
2 sudu makan tepung pulut
1/2 sudu teh serbuk vanilla / essen vanila
secubit garam


dibawah ini tokchik tujukkan cara-cara membuatnya

langkah 1 (sediakan 10 minit lebih awal)

1 paket yist segera mauripan
15 gram gula pasir
10 gram tepung gandum
60ml air suam

ini pula santan yang diperah daripada sebiji kelapa yang dah digaul dengan air panas, jadi tak berlaku masalah pecah minyak, ini langkah short cut tc


putarkan kuning telur dan gula yang dah dikisar sehingga kembang

bekas ni mengandungi 150 gram tepung ubi dan 2 sudu makan tepung pulut serta 1 sudu teh vanilla


kemudian, tuangkan kuning telur yang dah diputar bersama gula kedalam bekas yang mengandungi tepung ubi, gaul rata

tuangkan santan, dan gaul rata

campurkan yis yang dah mengembang dan 1 sudu teh pandan emulco. perapkan selama lebih kuran 4jam (yang ni tc perapkan 5 jam)

panas kan oven pada suhu 150celsius,
gaul semula adunan kueh tadi sebab tepung ubi dah mendak kedasar bekas
ambil loyang pembakar, letakkan sedikit minyak masak dan tc panaskan loyang pembakar tu diatas dapur gas, kemudian tuangkan adunan yang telah digaul rata kedalam loyang pembakar biarkan sekejap diatas dapur gas (sekitar 1 minit lebih) baru dialihkan kedalam oven. kali ini ianya memberikan tc hasil yang cukup memuaskan

makaroni goreng berempah



tak tau nak letak nama apa, tapi bersebab ada letak serbuk kari sedikit jadi tc namakan makaroni goreng kari...hahahaha...tak mudah rupanya nak mencipta nama sesuatu masakan

bahan2nya
makaroni (anggaran 1-1/2 cawan) - dicelur sehingga lembut (boleh gunakan speggeti juga dsb)

4 ulas bawang puteh - dicincang
1 labu bawang besar - didadu
1 biji tomato - didadu

2 keping daging burger - didadu (boleh guna kan daging kisar)
4 batang sosej - didadu

1/2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan sos cili
1-1/2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram

garam dan secubit gula
daun sup sebagai hiasan

panaskan minyak, tumis bawang yang dah didadu sehingga layu
masukkan daging burger, gaul rata, kemudian masukkan sosej goreng sekita 3 minit
masukkan rempah kari, gaul dan tambahkan 2 sudu air.. goreng seketika
tambahkan sos cili, soso tomato dan sos tiram..gaul rata
masukkan makaroni yang dah dicelur. goreng sekitar 3- minit (sehingga sebati)
masukkan tomato yang didadu, gaulkn
rasa garam nya dan boleh matikan api

Followers