Tuesday, September 13, 2011

daging pangang air asam




ada daging yang dah diperap pemberian anak saudara tc angah/am... terlintas difikiran..jika daging ni dipanggang dan makan dengan nasi panas tentu sedap...pencicahnya air asam...
memula tc bungkus daging ni dalam aluminium foil, panggang sekitar 3 minit, kemudian tc keluarkan daging tu daripada bungkusan aluminium foil tc panggang macam biasa menggunakan kuali tak melekat...dan ini le hasilnya

untuk pencicahnya (air asam), tc perahkan asam jawa dengan air masak (kena pekat2)
masukkan kedalam bekas, tambahkan sedikit belacan yang dah dibakar, masukkan garam dan gula secukupnya, tambahkan dengan hirisan bawang dan cili serta tomato yang dah didadu

3 comments:

Chik Att said...

tok cik raya korban nanti bleh buat ...

tok_chik said...

tu lagi sedap...sbb daging segar....perapkan dgn garam kunyit aja..panggang atas bara arang...

Mohd Kamal said...

masa raya ke 2 nenek kat kg ada buat daging pangang air asam. cuma kuah nya lain sikit ada taruk air belacan.

Followers