Monday, September 5, 2011

periuk kera

tempat lain tc tak tau ada atau pun tidak makanan ni, tetapi kalau di kampung tc ianya memang terkenal....seringkali dihidangkan sewaktu hari raya...tc masih ingat, sewaktu kecil dahulu tc biasa mengikut arwah bonda mencari periuk kera ni. pokok periuk kera ni hidup dikawan berair/berpaya....yang kami gunakan adalah periuk kera "betina" kerana saiznya yang lebih besar bahan2 asas dalam penyediaan periuk kera sama seperti yang digunakan untuk memasak lemang...santan, pulut dan garam secukupnya tetapi tak memerlukan daun pisang.... kerana pulut dan santan akan diisi didalam kelongsong periuk kera tersebut. berbanding lemang yang perlu dibakar, periuk kera hanya perlu dikukus, yang pasti aroma yang terhasil apabila pulut, santan dikukus didalam periuk kera tu sememangnya membuatkan kita akan tergoda

No comments:

Followers