Thursday, February 21, 2013

kek cokelat kukus lembab

moist chocolate cake / kek cokelat kukus lembab
sumber resepi k.nor@secubitgaram

dah lama simpan resepi ni, baru kelmarin mencubanya.  memang terbaik rasa dan teksturnya tambahan pula selepas 24 jam dan disejukkan.


bahan2nya:
250gram butter
1-1/2 cawan gula (tc kisarkan dulu gula)
(resepi asal...1 cawan gula castor, 1 cawan gula perang)

4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu segar suam
1-1/4 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan serbuk koko (resepi asal 3/4 cawan.)

caranya:
panaskan kukusan.
griskan loyang
ayak tepung dan serbuk koko
putar butter dan gula sehingga kembang
masukkan esen vanilla.......putar lagi
masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang/gebu
masukan tepung berselang seli dengan susu suam,  kaup balik sehingga sebati
 tuang kedalam loyang dan kukus sehingga masak (45 -60 minit)
sejukkan kek sebelum dituang topping

tc masukkn dalam bekas plastik dan kukus selama 20 minit 
masa mengukus bergantung kepada saiz bekas yang digunakan


untuk ganache
150gram cokelat masakn- diracik halus
1 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan susu segar / air panas
1 sudu besar butter

campurkan kesemua bahan diatas kecuali butter
menggunakan teknik double boil.....panaskan sehingga cokelat mencair sepenuhnya
masukkan butter dan gaul sebati
tuangkan diatas kek yang telah sejuk

2 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum hee sdp sana sini tegah hangat kek coklat ni semula..mmg syok layan...

tok_chik said...

alaikumsalam sheila shafeareen

resepi ini menghasilkan kek yang cukup lembut dan ringan, tc akui sememangnya sedap tambahan lagi setelah 24jam dikukus
tc berterima kasih dgn kak nor secubit garam yg berkongsi resepinya

cokelat ganachenya pun umpphhhh

Followers