sejak kecil hinggalah ke usia sekarang ni, tc sememangnya menggemari kerak nasi. Orang tua2 selalu berkata..." jangan makan kerak nasi,.... nanti dungu"
zaman kecil tc...arwah bonda masak nasi guna dapur kayu...kerak nasinya cukup sedap. Siap nasi dimasak tc akan mintah nasi dipindahkan kebekas lain. kalau ada kuah gulai tc akan tuangkan kedalam periuk untuk melembutkan kerak tu sebelum dikokot. jika tiada kuah, memadai dituangkan sedikit air masak.
" krakkkkkkk....krukkkkkkkkkkk...krakkkk...krukk" bunyi senduk berlaga dgn bontot periuk sewaktu tc nak mengokot kerak.
sekarang ni, memasak dah menggunakan periuk letrik jenis tak melekat, lagi lah mudah kerjanya. bila nasi dah masak, tc akan tekan butang memasak untuk beberapa kali. ianya bertujuan untuk menggaringkan kerak yang ada.
paling sedap kerak nasi lemak atau kerak nasi minyak. kaut keluar kemudian tuangkan sedikit kuah dan mulakan mengunyah....nikmatnya terasa
2 comments:
hehe.. TC ni org msk nasi taknak kerak.. TC lak sengaja nak adakan kerak.. tp betullah.. sy pun pernah gak mkn kerak nasi bila kenduri belah mertua.. itupun pak sedara hubby yg hulurkan.. ingatkan tak sedap rupanya bila layan mmg ralit dibuatnya...
madiha...nak buat lagu mana dah ketagih...hehehehehe
Post a Comment