Thursday, June 30, 2011

minyak afiat



sejak dari tc kecil, minyak ni dah ada dipasaran, seingat tc, kalau luka memang cepat sembuh apabila disapukan dengan minyak ni
masa tahun 70an sebotol minyak ni baru rm 1.20, arwah bonda akan memastikan minyak ni sentiasa ada dirumah, teringat tc semasa ibu jari tc luka terkena parang, kelam kabut bonda mencari minyak ni untuk disapukan kan tempat yang luka (sampai sekarang masih ada bekas luka tu - lebih kurang 2" panjangnya)
yang pasti..... minyak ni tak memedihkan apabila disapukan ketempat luka.
bila terpandang kesan luka teringat tc akan minyak ni, bila terpandang minyak ni teringat tc akan arwah bonda...alfatih buat arwah bonda dan ayahanda

gulai ikan baung belimbing buluh


ikan ni dibeli oleh anak buah tc semasa dia balik ke segamat, sanggup dia mencarinya hingga ke gemas semata2 nak memenuhi permintaan tc
macam biasa...pilihan diberikan..nak dibuat gulai lemak atau masak asam rebus, so pilihannnya jatuh kepada gulai lemak cili belimbing buluh
perlu ada:
ikan baung
daun kesum
belimbing buluh - belah dua
santan (bergantung kepada kuantiti ikan, masak lemak yang sedap santannya kena pekat)
garam

kisarkan:
cili padi
bawang merah
kunyit segar
sedikit belacan



ini petua arwah bonda tc, kalau nak mengulai ikan, letakkan ikan, bahan2 yang dah dikisar/ditumbuk terlebih dahulu kedalam periuk/kuali sebelum memasukkan santan.

didihkan dengan api sederhana dan pastikan tidak pecah minyak, tambahkan garam secukupnya, matikan api dan sedia untuk dihidangkan

jom makan

donat lagi



semalam buat donat lagi.... rupanya tak cantik, tapi rasanya alhamdulillah...
tc kongsikan resepinya

bahan A
2-1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu makan shortening/majerin
1/2 sudu teh garam


bahan B (sediakan 10 minit lebih awal)
225ml susu suam
2 sudu teh yist
3-1/2 sudu makan gula

penyediaannya
masukkan bahan A kedalam bekas, ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti atau dalam erti kata lain sehingga sebati dan berderai
tuangkan bahan B yang dah mengembang sedikit demi sedikit, gaul sebati dan uli sehingga lembut
perapkan doh selama 1.5 jam. kalau nak mudah ...ikut aja cara tc ni..masukkan doh kedalam beg plastik dan ikat supaya tak keluar angin, pasti doh mengembang dengan cantik
selepas 1.5 jam, tumbuk doh yang dah mengembang tu untuk mengeluarkan anginnya
canai dan cetak,
selepas dicetak, ketepikan selama 10 minit untuk doh mengembang semula barulah digoreng
sirakan dengan gula halus ketika donat masih panas supaya gula senang melekat kepada donat

Monday, June 27, 2011

kueh koci



untuk inti:
kelapa parut
gula merah
gula pasir
sedikit air
daun pandan

gaulkan kesemuanya dan masak sehingga sebati, sejukkan

untuk dohnya
air garam secukupnya
tepung pulut

tuangkan air garam sedikit2 kedalam tepung, uli tepung, kalau lembik tambahkan sedikit tepung lagi

ambil sebesar bola pingpong,
ratakan,
letakkan inti ditengahnya,
bulatkan semula,
letakkan diatas daun pisang yang dah disapu sedikit minyak
bungkus/lipat daun pisang tersebut

pengat pisang



tc suka pisang nangka atau pisang tanduk untuk dijadikan pengat, selain tu pisang nipah pun sedap juga

kebiasannya tc akan rebus dulu pisang dengan air yang bercampur daun pandan, apabila pisang dah layu baru tc masukkan santan, gula merah, gula pasir dan secubit garam biarkan mendidih seketika ...pastikan jangan pecah minyak, tc masukkan sagu biji yang dah dicelur terlebih dahulu. tujuan tc merebus sagu biji terlebih dahulu adalah supaya sagu biji tak memekat didalam kuah pengat...sebab tc suka letak sagu banyak2

murtabak singapura




usai urusan dinilai 3, angah mengajak kami pergi makan, tc cadangkan kami mencuba "MURTABAK SINGAPURA" lokasinya dibangi berhampiran dengan stesen minyak petronas..
bezanya dengan murtabak biasa, selain daripada harganya juga cara penyediaannya, kurang penggunaan telur berbanding murtabak biasa
lepas le kempunan tc nak menjamah murtabak singapura

selimut juga cadar



menyusuri deretan kedai dinilai 3 semasa menemani anak buah tc mencari langsir untuk rumahnya, mata tc terpandangdisatu sudut kain bercorak kotak2 ni
nostalgia lama bermain diminda, dulu inilah yang digunakan oleh arwah bonda sebagai cadar katil untuk menutupi tilam kekabu, kain ni juga lah yang dijadikan selimut kami adik beradik

Thursday, June 23, 2011

agar-agar pandan bersantan



bahan2 yang diperlukan :

10gram agar2 serbuk - tc gunakan jenama snow bird

1 biji kelapa - diperah ambil santannya sebanyak 500ml
450 ml - perahan air daun pandan (kalau tak ada gunakan aja pandan emulco)
250gram gula
2 biji telur - dipukul dengan garfu terlebih dahulu
secubit garam
sedikit pewarna hijau (jika menggunakan perasahan air pandan, untuk mendapatkan warna yang cantik)

campurkan kesemua bahan kecuali telur dan masak dengan api kecil sehingga mendidih,
masukkan telur yang dah dipukul sekejap dengan garpu tadi teruskan mengacaunya dengan hand whisk tanpa henti sekitar 2 minit
matikan api, masukkan kedalam acuan dan sejukkan

ikan tamban sambal serai




sediakan :
ikan tamban - dibersihkan dan digoreng garing
3 batang serai dititik
perahan air asam jawa

kisarkan:
lada kering
bawang merah
bawang putih
halia
sedikit belacan

panaskan minyak
tumiskan bahan kisar sehingga garing, masukkan serai gaul rata
masukkan air asam jawa, biarkan ianya mendidih
tambahkan garam dan gula secukupnya, masak sehingga pekat
masukkan ikan tamban yang telah siap digoreng, gaul rata
matikan api, angkat dan sedia untuk dihidangkan

Friday, June 17, 2011

kueh bakar pandan



cara tc mudah, satukan kesemua bahan2 yang diperlukan kedalam blender, dan tc blenderkan kesemuanya sehingga rata/sebati.

bahan yang diperlukan

750ml santan daripada sebiji kelapa
250 gram tepung gandum
220 gram gula pasir
2 biji telur
secubit garam
esen pandan/esen vanilla
pandan emulco campur dengan sedikit pewarna hijau untuk warna yang cantik

lenserkan loyang pembakar yang berlubang tengah dengan majerin, taburkan tepung , tuangkan adunan yang telah dikisar,
masak diatas dapur gas dengan api kecil sekitar 1 jam atau sehingga kueh masak

nota...
jikan tak mau menggunakan pandan emulco, kisarkan daun pandan, air kisaran daun pandan tu dicampurkan dengan perahan santan

kari kepala ikan yougrt



sediakan :
1 bekas kecil yougrt kosong
600gram kepala ikan / isi ikan - tc gunakan ikan merah
daun ketumbar anggaran 5 tangkai
3 biji tomato - dibelah 4
kacang panjang - dipotong anggaran 2"
1 peket kecil rempah kari
perahan air asam jawa

daun kari
halba campur
hirisan bawang merah, bawang puteh, halia (dimayang)

kisarkan:
bawang merah
bawang puteh
halia

panaskan minyak
tumiskan halba campur, daun kari, bawang merah, bawang puteh, halia yang dimayang sehingga bawang kelihatan layu dan sedikit kekuningan
masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing
masukan rempah kari yang sudah dibancuh dengan perahan air asam jawa...masak sehingga rempah pecah minyak
masukan perahan air secukupnya dan juga air asam jawa serta yourgt
masukkan kepala ikan/isi ikan, didihkan sehinnga ikan masak,
masukkan kacang panjang, bila kacang panjang layu masukkan tomato dan juga daun ketumbar, tambah garam secukupnya
matikan api,

Wednesday, June 15, 2011

sup ikan merah



sediakan:
kepala ikan merah anggaran berat 600gram
sepeket rempah sup ikan adabi
2 biji tomato- dipotong 4
daun sup
bawang goreng

kisarkan :
bawang merah
bawang puteh
halia

panaskan minyak
tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan garing
masukkan air
masukkan rempah sup ikan adabi...didihkan sekejap
masukkan kepala ikan
didihkan sehingga isi ikan masak / lembut
tambah garam secukupnya
masukkan tomato...biarkan mendidih sekejap lagi
taburkan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang

nota:
tc sediakan juga sambal kicap

Monday, June 13, 2011

majlis bertandang


pada 12-06-2011, bertempat di kg baru batu 10 sijangklang majlis menerima menantu/bertandang bagi keluarga syamsul meraikan pasangan syamsul dan susi

sedap masakannya, yang paling menarik hati tc, lauk dagingnya dan ikan masin masak lemak dengan nenas....sedap

berkumpul kat stesen minyak petronas batu 9, menunggu penunjuk arah sampai, jadi kami posing2 dulu




jalan nak kerumah pengantin lelaki masuk ikut kawasan pertanian/kebun. kalau tak dipandu arah, mau sesat jadinya
rumah kayu ni cantik betul, juga pandangan tc tertumpu kepada pohon mata kucing/longan yang sedang berputik...



bapa pengantin perempuan sedang menyiapkan bunga pahar, anak dara, mak buyung, mak dara jadi pemerhati....jhehehehe


sebelum melangkah kerumah mak ayah syamsul, kami bergambar dulu...





sekali lagi tc jadi bidan terjun, menggantikan pengapit pengantin lelaki yang "hilang seketika daripada dikesan oleh radar"


sessi bergambar sebagai kenang2an





muga dipanjangkan jodoh dan diberkati ALLAH rumah tangga yang dibina.....amin


sup tulang pressure cooker



masak sup tulang lagi, setelah menumis bahan2 kisar, tc tuangkan aja dalam periuk tekanan...selepas wiselnya berbunyi, tc biarkan selama 30 minit, matikan api, angkat periuk tu, letak bawah paip, alirkan air keatasnya, keluarkan wap panas, buka penutup dah pun siap sup tc

tc kisarkan :
bawang merah
bawang puteh
halia
ketumbar
jintan puteh

panaskan minyak, masukkan rempah penumis, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing, tuangkan kedalam periuk

mee sup



tc masak sup tulang, dalam pada tu teringin nak makan mee sup, jadi tc ambik aja sup yang ada, tambahkan sayur sawi dan tomato, masukkan mee, jadi le mee sup

berhati-hati- email palsu cimb bank?????



From CIMB Clicks.

8: 17 AM
Reply ▼Delete
Not junk
Mark as unread
Mark as read
Print message
View message source
Show message history
Hide message history
Show details

Hide details CIMB BANK. CIMB BANK.mail@cimbclicks.com.my

Send email
Find email Add to contacts
From: CIMB BANK. (mail@cimbclicks.com.my)

Sent: Monday, 13 Jun, 2011 8: 17 AM

To:

Microsoft SmartScreen marked this message as junk and we'll delete it after ten days.

Wait, it's safe! | I'm not sure, show content


Dear valued customers,

As we have changed the look to CIMB Clicks secure login page

technical fixes are being carried out on our secure servers today, you are

advised to update and verify your CIMB services contact details now for

maximum security reasons and safety by selecting the option below.



click on

Verify my Cimb Clicks online to completely update your Cimb online access

Important: TAC will be required to complete verification.


CIMB Group



* Message code #m2u1107


mereka yang menghantar email ni kepada tc tersilap sebenarnya, mengapa tc berkata begitu :

1. tc tak pernah memberikan alamat email tc kepada pihak bank
2. memang tc ada akaun simpanan di cimb bank, tetapi akaun tu tak aktif dah bertahun2

jadi berwaspadalah kepada sesiapa yang menerima email yang seperti tc terima, hubungi pihak bank untuk mendapatkan kepastian

Friday, June 10, 2011

lopes pelangi





tc ni sebenarnya tak berapa "ngam" dengan pulut...angin... kalau makan pulut lepas tu pasti perut rasa "sebu".
tetapi teringin sangat nak makan kueh lopes...jadi buat lah juga, kali ni tc warna2kan pulutnya.
ada 2 cara untuk mendapatkan pulut yang kental,
1. masukan sedikit kapur sireh semasa merendam......masukkan pewarna yang disukai atau biarkan aja kosong. rendam sekitar 2 - 3 jam
2. rendam pulut sekitar 2 - 3 jam, selepas 3 jam masukkan sedikit air abu/air akali, gaul rata, biarkan lebih kurang 5 minit dan bilas

kali ni tc bahagikan kepada 3 bahagian, kemudian diwarnakan hijau dan oran sementara sebahagian lagi dibiarkan kosong, kemudian dibungkus dan direbus selama 1 jam

Monday, June 6, 2011

kedapur lagi

"chik...nanti toplong masakkan pulut kuning dan laukuntuk makan beradap/makan berdamai ya"
gulp..... ini kes bidan terjun ni, last minit baru dikasi tau, tak ada sebarang perancangan, tak ada sebrang menu yang dah ditetapkan, makan berbincanglah tc dgn anak2 buah yang ada
"kita masak yang simple2 ja chik.....jangan risau, kami semua sedia membantu"
maka tc pun menyanggup le....bukan orang lain...kaun keluarga sendiri, pagi2 tc dan anak buah tc meredah hujan kepasar besar larkin mencari bahan2 yang diperlukan












pembantu2 tc sedang tekun menjalankan tugas yang diberikan selepas diberikan penerangan apa yang perlu dilakukan







dalam sibuk2 tu terlupa pula nak mengambil gambar hidangan yang dah disediakan

selamat pengantin baru susi dan syamsul












selamat pengantin baru buat susi dan syamsul, muga jodoh kalian berkekalan hingga keakhir hayat, muga perkahwinan ini diberkati ALLAH dengan limpahan rahmat dalam kehidupan berumahtangga

Followers