Thursday, June 30, 2011

donat lagi



semalam buat donat lagi.... rupanya tak cantik, tapi rasanya alhamdulillah...
tc kongsikan resepinya

bahan A
2-1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu makan shortening/majerin
1/2 sudu teh garam


bahan B (sediakan 10 minit lebih awal)
225ml susu suam
2 sudu teh yist
3-1/2 sudu makan gula

penyediaannya
masukkan bahan A kedalam bekas, ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti atau dalam erti kata lain sehingga sebati dan berderai
tuangkan bahan B yang dah mengembang sedikit demi sedikit, gaul sebati dan uli sehingga lembut
perapkan doh selama 1.5 jam. kalau nak mudah ...ikut aja cara tc ni..masukkan doh kedalam beg plastik dan ikat supaya tak keluar angin, pasti doh mengembang dengan cantik
selepas 1.5 jam, tumbuk doh yang dah mengembang tu untuk mengeluarkan anginnya
canai dan cetak,
selepas dicetak, ketepikan selama 10 minit untuk doh mengembang semula barulah digoreng
sirakan dengan gula halus ketika donat masih panas supaya gula senang melekat kepada donat

No comments:

Followers