Friday, February 24, 2012

huat kue


selalu terpandang rakan sekerja berbangsa cina membawa kueh ni ke tempat kerja, kelmarin tc minta resepinya sebab teringin nak mencuba gara2 tergoda melihat apam yang mekar ni
resepinya:
300gram tepung gandum
1 biji telur
100 gula merah (tc beli kat tesco - bukan jenis gula merah yang berketul2 tu)
100 gram gula pasir
6 gram yist
1/2 sudu besar majerin (lebih kan sikit)
225ml air
1/2 sudu air abu (kurangkan sedikit )

penyediannya (tc guna mixer)
dalam bekas, tc masukkan tepung, gula, majerin, yist
putar sehingga menjadi seperti serbuk roti
kemudian tc masukkan telur...putar sebati
baru dimasukkan air dan air abu....tc putar pasa kelajuan no 1 selama 10 minit
perapkan adunan sekitar 4 -6 jam


gunakan senduk/sudip/hand whisk, adunan yang telah naik tadi digaulsekali lagi untuk "membuang anginnya"
panaskan kukusan,
masukkan adunan kedalam bekas pengukus,
kukus selama 15 minit dengan api besar


Thursday, February 23, 2012

apam beras



Apam Beras
sumber- journal resepi bdaria...harap dihalalkan sebab saya copy dan paste resepi anda untuk dikongsi dengan yang lain

Bahan-bahannya:

A) Tapai Nasi

250gm nasi yang telah dimasak dan disejukkan
1/2 tsp ragi - dihancurkan
2 tsp gula
1 tsp air


Cara-caranya:-
1.Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan kedalam bekas kedap udara dan bertutup. Perapkan ditempat yang gelap selama 48 jam.


B) Bahan Apam
1 paket tepung beras (500gm)
270gm tapai nasi
3 cawan air
1 1/2 cawan gula
1 tsp yis
2 tsp Eno (2 paket Eno Biru)

tc gunakan pendekatan orang malas...tc campurkan semua bahan B dan kisar, kemudian tc perapkan (buat sebelum nak tidur jam 11 malam) keesokkan paginya sekitar jam 6.30 tc kukus
panaskn kukusan terlebih dahulu
tc bahagikan adunan kepada 4 bahagian
sepeket eno tc bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak
tc ambil 1 bahagian adunan dan campurkan dgn 1/2 paket eno, digaul rata
tc kukus selama 10 minit dengan api yang kuat


komen tc....
apam ni memang lembut dan gebu.....
terima kasih pada http://www.resepidaria.com

Sunday, February 19, 2012

pau inti kelapa


sumber : sue joshua (tc adjust sikit nasib baik menjadi)
250gram tepung pau
1 sudu teh daouble action baking powder
1/2 sudu teh garam (tc tak letak sbb pernh terbaca garam boleh mematikan yis)
1 sudu teh yist
25 gram shortening
13ml air suam2 kuku
30 gram gula halus

tc masukan kedalam mangkuk pengisar (uli dengan mixer)tepung, daouble action baking powder, yist dan shortening dan gula
tc putar dulu sehingga adunan menajadi seperti serbuk roti
kemudian tc masukkan air sedikit sedikit,
kalau guna tangan uli sehingga sebati dan kenyal
putar sehingga adunan menjadi kenyal



perapkan doh sekitar 45 minit
bahagikan dok kepada bebola kecil seberat 30 gram
leperkan dan isikan inti




perapkan selama 20 minit selepas proses mengisi inti
panaskan kukusan dan kukus sekitar 8-10 minit

Saturday, February 11, 2012

pekasam ikan


semasa dikluang, anak2 saudara tc pergi memancing, dapatlah ikan sungai sekitar 65 ekor, tc ambil sekitar 20 ekor untuk dibuat pekasam
dan dibersihkan, tc lumurkan dengan garam dan susunkan asama keping lalu diperam selama 3 malam (simpan kat dalam peti sejuk)

cukup 3 hari, tc sediakan beras goreng, kisar jangan terlalu halus, ambil ikan yang dah diperap tu, balutkan dengan beras goreng kemudian susunkan kat dalam balang selapis demi selapis berselang seli dengan taburan beras goreng dan susunan asam keping, tutp ketat2 balang berisi ikan dan simpan, selepas seminggu dah boleh digoreng, tetapi lebih lama lebih sedap


lepat pisang berinti kelapa




pisang yang dibawa balik daripada muar dah meranum...manisnya terasa
dah puas dimakan mentah teringin nak buat lepat
tc lenyek pisang bercampur gula, kemudian dicampurkan sengan sedikit tepung, sambil tu tc sediakan kelapa parut yang dah dicampurkan garam sebagai intinya
siap dibungkus tc kukus sekitar 15 minit

sesekali pulang ke kampung




menyinggah kerumah ibu mertua anak saudara tc, tergoda melihatkan tanaman dikeliling rumah, melilau mata melihat kesuburan tanaman disekeliling rumah.
semasa nak pulang, tc dibekalkan dengan bermacam2 hasil kampung,penuh bonet kereta anak saudara tc, ada pisang, serai, kelapa, ciku, betik, tc juga ambil kesempatan mengambil pokok kari nak ditanam dalam pasu kat rumah tc
seronok...seronok...lain kali nak mai lagi...hehehehehe

Friday, February 3, 2012

roti jala


terjumpa botol mayonise 3 lubang ni di"DAISO... semua barang rm 5.00" jaya jusco bukit tinggi klang, beli le dua, terpandang disatu blog tu...lupa pula tc siapa pemiliknya, beliau menggunakan botol mayonise berlubang 3 ini untuk membuat roti jala, terlanjur semua bahan dan ada maka tc pun memulakan operasi



sememangnya amat memudahkan kerja dengan penggunaan botol mayonise ni sebagai acauan roti jala, tak berkecah dapur

ini resepi yang tc gunakan (kisarkan kesemuanya):
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (ditambah garam secukupnya)/ susu segar
3 sudu makan susu tepung (tak perlu jika menggunakan susu segar)
1 biji telur
pewarna kuning
sedikit esen vanilla untuk mengurangkan bau telur (hidung tc ni sensitif)

stand mixer kenwood KMC 560



syarikat temnpat tc bekerja memberikan ganjaran untuk setiap pekerja yang telah melepasi tempoh perkhidmatan selama 10 tahun.
Boss menawarkan pilihan diantara jam tangan dan juga ipad pada nilai sebanyak rm 1500.00, tetapi kedua2nya tak menarik minat tc, jadi tc berbincang dengan boss untuk membeli sesuatu yang lain, pilihan tc adalah stand mixer.
maka bermulalah episod mencari stand mixer yang sesuai dan berkenan dihati, terpandang jenama kenwood model KMC 560...diharvey norman dan jaya jusco, harga yang ditawarkan adalah rm2299.00, agak mahal kerana budget yang diberikan oleh syarikata dalah sebanyak rm 1500.00, pergi ke seng Q dan hsl serta court mamouth, mereka tak menawarkan model stand mixer yang tc hajatkan
bercerita dengan rakan sekerja, tc disarankan untuk ke "ONKIN CHAIN STORE (M) SDN BHD yang terletak jalan meru klang, disana tc bertanyakan tentang KMC 560, jurujual tu memberitahu harga yang ditawarkan adalah rm 2299.00 TETAPI sebelum diskaun, selepas diskaun harga yang ditawarkan kepada tc adalah rm 1799.00, tak berfikir panjang tc terus ambil keputusan membelinya, cuma tc perlu menunggu selama 3 hari sebab mereka tak menyimpan stock, tak apalah ....tunggu pun tunggulah sebab dah jimat rm 500.00
sampai masa mengutip barang yang dipesan, seronoknya hati tak terhingga, akhirnya dapat juga tc apa yang dihajatkan...syukur kehadrat illahi

Followers