Thursday, May 24, 2012
puding agar2 buah naga
resepinya
bahan A (dikisar dan ditapis)
1 biji buah naga - anggaran berat 700gram
500 ml air masak
bahan B (dimasak sehingga gula larut)
750 ml air
230gram gula
bahan C
1 paket serbuk agar2 seberat 10 gram 9bancuh dengan sedikit air)
caranya:
1. kisarkan buah naga dengan air masak, tapis dan ketepikan
2. masak gula dan air sehingga mendidih, kemudian masukkan agar2 yangd ah dibancuh air, didihkan
3. matikan api dan tuang buah naga yang dikisar tadi, kacau sebati
4. tuang dalam bekas dan sejukkan
Monday, May 21, 2012
macaron
dah lama menyimpan resepi ni..orang lain dah berkurun membuatnya
cuma tc baru semalam tergerak nak mencuba.
tc ikut semua penerangan dari blog ita masam manis ...
terima kasih kerana tunjuk ajar tu dan percubaan tc menjadi...
cuma pada tc...terlalu manis macaron ni....
dah lepas kempunan nak merasa....
agak2nya kalau di kurangkan sepruh gula tu menjadi tak macaron ni, takut2 dari macaron jadi mengkarung
Wednesday, May 16, 2012
kueh lapis
teringin sangat nak makan kueh ni. Betul ....beli aja mudah rm 1 dapat le 2 / 3 ketul tetapi ianya tak dibuat ikut citarasa kita.
merajinkan diri kedapur, maka lepas le hajat dijiwa
bahan2nya :
bahan A (dimasak dan disejukkan)
3 cawan air
1-1/4 cawan gula
3 helai daun pandan
bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat
garam secukupnya
pewarna ikut suka (tc gunakan pewarna merah aja, sebab nak lapiskan merah dan puteh...warna bendera dan juga ikut style dulu2)
kisar tepung gandum, tepung ubi berserta garam dengan air gula yang dah sejuk
bila adunan dah sebati, masukkan santan dan kisar
sekejap aja, jangan terlebih kisar nanti kueh jadi berminyak
bahagikan adunan kepada dua, sebahagian dibiarkan kosong dan sebahagian diwarnakan merah
kukus setiap lapisan selama 5 minit / sehingga masak
buat le selapis demi selapis sehingga habis
selepas menuangkan lapisan terakhir, kukus ueh selama 20 minit baru dimatikan apinya
sejukkan sebelum dipotong
nota:
loyang pengukus tc lengserkan dengan minyak masak, kemudian tc letakkan plastik sebagai alas, jadi senang nak mengeluarkan kueh setelah dikukus
kerabu apple hijau
tc sagatkan sebiji apple hijau
tc kisarkan cili padi dan belacan yang dibakar
tc hiriskan bawang besar
tc perahkan asam jawa dengan air masak
kesemua bahan diatas tc gaulkan bersama, tc tambahkan sedikit garam dan gula
sedap makan dengan nasi panas
Wednesday, May 9, 2012
ayam goreng style kfc
pernah buat sebelum ni
amat mudah
bahan2nya:
kepak / paha ayam - dibasuh, ditoskan dan dilap menggunakan tuala dapur
1 biji telur - dipukul sekejap menggunakan garfu
bahan untuk tepung salutan (gaul sebati):
1 bahagian tepung gandum
2 bahagian terpung beras
2 bahagian tepung jagung
2 bahagian tepung ubi
1 bahagian serbuk kari
1 bahagian serbuk cili
1/2 bahagian garam halus
panas kan minyak
celupkan kepak ayam kedalam telur,
kemudian celupkan kedalam tepung salutan
goreng sehingga garing
Thursday, May 3, 2012
rendang nangka berdaging
300gram nangka muda - direbus
300 gram daging (tc rebus dulu )
1 biji kelapa
3 sudu besar rempah kari
2 sudu besar kerisik
3 helai daun kunyit
3 batang serai dititik
3 keping asam gelugur/perahan air asam jawa
garam dan gula secukupnya
rempah penumis
disangai dan dikisar :
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan kasar
1/2 sudu teh jintan halus
bahan kisar
7 ulas bawang merah
5ulas bawang puteh
1" halia
1/2" lengkuas
panaskan minyak
tumis rempah penumis
masukkan bahan kisar dan tumis sehingga kekuningan/naik bau
masukkan rempah kari yang dah dibancuh dgn air, tumis sehingga pecah minyak
masukkan santan, daging dan nangka...didihkan
apabila kuah sudah separuh pekat, masukkan daun kunyit
tambah garam dan gula serta kerisik dan masak sehingga pekat (seperti buat rendang biasa)
Subscribe to:
Posts (Atom)