Thursday, November 29, 2012
kek sarang semut
terpandang diblog madiha, kemudian ternampak diblog hasue
kuat godaannya, maka tc pun mencuba....memang sedap.... hasue...tokchik minta izin copy dan paste resepi kamu dan tc tepekkkan kat sini pula, memanjangkan zakat ilmu sesama kita.
KEK SARANG SEMUT / KEK GULA HANGUS
Resepi dan sumber: Kak nor@secubitgaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
125gm mentega
4 bj telur A*hasue guna 5 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum - tokchik gunakan tepung naik sendiri 1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat -hasue letak 1 sudu teh- i follow
hasue tambah esen vanila
hasue tambah 1 sudu teh browning sugar - tak ada maka tak letak
Cara2:
Cairkan mentega dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jangan dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)-hasue peram 1 jam saja..
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.(overn tc memerlukan masa yang lebih lama sekitar 1 jam
* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..
Nota tambahan dari kak nor:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
slm, cantik lubang semutnya..sy baru belajar membaking..bakar kuih di rak tengah oven atau rak bawah? pls share. tq
biasanya sifu2 blogger ni pesan dan mengar...letak kat rak tengah...
bab masa memasak tu bergantung pada oven masing2
seperti pesan cik mat gebu...pelajari/kenali oven anda
alamak, resepi sy telur tu pukul sampai kembang, sebab tu ke lubang2 semut kek saya kurang besar? erm..harap dapat bg komen ya, tq
http://manjaku-littleqalesya.blogspot.com/2013/08/resepi-kek-butter-kek-sarang-semut.html
tc ikut cara yang dah diterangkan oleh resepi tu.
Post a Comment