Friday, March 29, 2013

pau pandan inti kelapa

resepi asal dari dapur tanpa sempadan aka cik mat gebu
cuma tc tambahkan pes pandan kedalamnya sewaktu menguli

bahan2nya

500 gram tepung pau
1/2 cawan gula halus (tc hnya gunakan 1/4 cawan sahaja )
1/4 cawan minyak jagung(minyak masak pun boleh)
1-1/4 cawan air
6 gram yist

1/2 sudu teh pelembut roti (tc tambah)
1/2 sudu teh baking powder (tc tambah)
20 gram susu tepung (tc tambah - kalau nak guna kan susu pekat manis pun boleh - anggaran 3 sudu besar tetapi kena ketepikan penggunaan gula)

penyediaanya (cara tc - sebab tc gunakan mixer)

didalam bekas, masukkan air, minyak, susu, diikuti tepung, bahan kering yang lain dan yist
tc on kan mixer dan biarkan mixer menguli doh (speed 3) selama 10 minit atau sehingga doh kelihatan kenyal 

jika menggunakan tangan (cara yg cik mat ajar)
satukan gula dengan air, kacau larut, masukkan yeast dalam tepung dan gaul rata
tuang minyak , gaul sebati
tuang air gula tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati sehingga mendapatkan doh yang tak melekat
dan kenyal

apabila dok dah siap diuli, tc timbang anggaran beratnya 46-50 gram
tc isikan inti dan perapkan selama 40 minit
sementara nak menunggu doh mengembang tc panaskan pengukus

kerana pau tc kecil (dohnya 46 -50 gram) maka tc kukus selama 6 -7 minit sahaja
masa mengukus bergantung pada saiz pau
tc kukus dengan api besar



 

2 comments:

dari dapur nasya said...

as salam tok chik, nanti singgah umah saya ye amik award...

tok_chik said...

alaikumsalam nasya...hehehehehe

Followers