Monday, April 22, 2013

pizza pemangang ajaib

tepung untuk doh pizza ni tc beli di kedai menjual barangan bakery kat seksyen 7 shah alam (pandan bakery shop sebaring dengan w2ong solo - baris belakang wisma jackel)

cuma tambahkan air dan juga yist....hasilnya memang sedap, tepungnya .......fuuuuuyoooooooo
tc masak dulu toppingnya - topping ni ikutlah apa yng kita suka
sebelum ni tc masak didalam oven, kali ni tc gunakan pemanggang ajaib...memang ajaib....masik tepung keluar pizza...heheheheh
menggunakan pemanggang ajaib, masa memasaknya hanya sekitar 12 minit sahaja







2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

senangnyaaa.. nak cuba jugalah buat pizza dlm pemanggang ajaib tu.. sy pun dah acap kali juga cuba guna pemanggang ajaib utk buat pelbagai juadah berlainan jenis... mmg berbaloi.. jimat gas sbb masakan cepat masak... tp pizza belum try lagi... insyaAllah..

TC ada tanya pasal penggunaan daun cemomok tu kan? sebenarnya ia sejenis daun iaitu ramuan wajib untuk dimasukkan dalam gulai asamrom (sajian popular di Jerantut Pahang)ia juga femes di kg suami sy di Raub. Daun ni memang nampak mcm daun kunyit... tapi ia tebal sedikit dari daun kunyit. Baunya pula.. persis bau serangga pijat yg busuk baunya.. hehe.. kalau kita pegang boleh melekat kat tangan.. utk masak gulai asamrom seekor ayam.. hanya gunakan 1/6 dari sehelai daun cemomok... kalau tak masukkan daun tu... bau gulai tak bangkit. sy selalu ambil stok daun di kampong kemudian keringkan. masih boleh digunakan walau guna daunnya yg kering. TC boleh tengok entry saya yg kat bwh tu... ada sy tunjukkan gambar gulai asamrom babat.. ada gambar pokoknya sekali...

http://mamawandiha.blogspot.com/2012/03/gulai-asam-rom-babatperut-sajian.html

tok_chik said...

madiha...
asamrom tu seingat tc dibuat daripada buah belimbing yang direbus dengan garam sehingga kering airnya dan wrnanya bertukar menjadi kehitaman (tau menerusi pembacaan)

kalau daun cemomok tu memang tak pernh lihat.

masyarakat melayu kita ni kaya dengan pelbagai resepi masakan yang boleh diketengahkan supaya tak hilang begitu sahaja

Followers