Friday, May 10, 2013

onde-onde/buah melaka keledek unggu

tc beli keledek ni semsa menyinggah ke pasar malam.  hajat hati nak dimasak dgn sayur turi tetapi bila sampai dirumah menu bertukar, sayur turi tc masak lemak kuning dengan labu.  Terbiarlah keledek unggu ni beberapa hari didapur.

apabila melihatkan keledek tu dan mengecut, tc rebus tetapi masih belum ada perancangan apa yang nak dibuat. dah direbus tersadai terbiar lagi keledek tu didalam peti sejuk. sudahnya tc ambik keputusan untuk buat onde2 / buah melaka.

sebelum ni tc pernh buat onde2/buah melaka labu. jadi kali ni tc gunakan keledek pulak.
tc lenyek keledek tu kemudian campurkan dengan tepung pulut... proses biasa membuat onde2. tiada sebarang pewarna yang digunakan kerana warna unggu keledek tu dah cukup. alhamdulillah...sedap

resepinya :


1 cawan keledek yang dilecek (keledek ni tc biarkan betul2 sejuk dan memang agak kering)
1 cawan tepung pulut
50ml air yang dicampurkan garam secukupnya  (jika tak cukup tambah sedikit lagi)

gula melaka yang didadu secukupnya
kelapa parut  (tc kukuskan sekejap dan gaulkan dengan garam ...jadi kelapa tak akan basi hingga kepetang)


campurkan keledek dan tepung pulut, tuang kan air dan uli sebati, jika tak cukup tambah sedikit lagi.
panaskan air  (tc letak kan 2 lembar daun pandan)
ambil doh sebesar duit 20 sen leparkan dan letak gula melaka kemudian bulatkkan semula
doh yang dah siap terus di rebus.
bila doh dah timbul, angkat dan terus gaulkan dalam parutan kelapa



2 comments:

Gee® said...

Cantik kaler pepel..

tok_chik said...

warna asli daripada keledek
keledeknya pun lembut dan gebu

Followers