Sunday, August 30, 2009

main "colek"

dulu2 masa anak2 sedara tokchik ni kecil, setiap kali berkumpul masa hari raya, satu aktiviti yang sering kami lakukan adalah bermain terup....... main "colek" dalam permainan tersebut, siapa yang kalah akan didenda disepit telinganya menggunakan sepit baju. sessi membancuh daun, ada yang panggil "chong", kocok perlawanan bermula, siapa yang dapat menghabiskan daun terup yang dimiliki paling awal dikira pemenang, orang pertama yang dianugerahkan medal "penyepit baju" - along jenny orang kedua...... mr herman........ dia dan jenny bersilih ganti memakai "medal penyepit baju" walaupun along jenny dan herman paling banyak memakai ":medal penyepit baju", ujang merupakan pemegang rekod.......... 3 kali berturut2 memakai "medal penyepit baju", ujang berjaya memenangi medal tersebut setelah membaca jampi " in nak..... takk nakk" ambik kau ujang, jampi jangan tak jampi. bak kata orang........ jangan sampai kempunan, tokchik hanya sekali sahaja berjaya memiliki medal penyepit baju sepanjang permainan berjalan...... otai ........sapa leh kalahkan.....heheheheeeeeeeeeeeee sebahagian daripada peminat fanatik yang menyaksikan pertarungan hebat permainan colek peringkat apartment Baiduri....idah dan ojie.....kwang....kwang..kwang.......

cerita kereta baru lagi

betul kata orang, bila dah ada kereta sendiri, secara semulajadi kita akan menjadi cukup teruja untuk menjadikan kereta kita tu seselesa mungkin.
ada orang suka mencantikkan bahagian luaran, menukar sportrim, tayar, aksessori luarannya dan sebagainya.
horn dan alarm yang disediakan oleh pihak pengeluar tak berapa memuaskan hati tokchik, begitu juga dengan radionya................ apalagi.................kita tukar le apa yang patut

bila dah tukar alarm, yang ni pun kena tukar kepada yang lebih power........baru le bunyi lebih kuat......... kalau tak macam bunyi kentut ja.....hahahahahaaaaaaaaaaa

radio asal pun tokchik cabut keluar, gantikan dengan yang baru ni......... boleh main mp3, usb...........melebihi seratus buah lagu untuk satu cd menggunakan format mp3,

tambahan 2 speaker disebelah kiri dan kanan dashboard......... menjadikan muzik yang dimainkan lebih seronok didengar.


tokchik juga pasang "break lock"






tukar tayar dari 12mm kepada 14mm. baru sedap memandu, terlanjur dah tukar tayar, pasang sekali sport rim........tokchik tak rasa apa yang tokchik buat ni membazir, tetapi sebagimana yang tokchik sebutkan tadi........... untuk kepuasan diri...kalau ditanya.....jawaban tokchik........ PUASSSSS

Saturday, August 29, 2009

alligment dan sportrim

kawan2 sekerja yang lebih berpengalaman dalam pemanduan mencadangkan tokchik menghantar kereta tokchik kekedai untuk dibuat pelarasan semula (alligement).



pemeriksaan secara berkomputer, mencari mana yang senget, mana yang tak ngam, perempuan dalam gambar ni merupakan rakan sekerja tokchik, kalau bab tawar menawar harga......... serahkan aja kat dia.... tokchik panggil dia aso aja.



proses pelarasan bermula

sementara menunggu kerja pelarasan dijalankan, sempat juga lah tokchik meninjau2 deretan sportrim yang dipamirkan, almaklumlah.......... kedai ni merupakan kedai sportrim yang terkenal seklai di klang ni, murah2 harganya, pilihan yang perbagai dan juga cantik, siapkan aja duitnya.......














Tuesday, August 25, 2009

kereta baru tokchik

syukur alhamdulillah, akhirnya diberikan jua kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk tokchik memiliki kereta sendiri

tokchik dah ada lesen memandu sejak tahun 1997 lagi, ada lah sesekali memandu semasa tokchik menetap di johor,

kalau bukan kerana dorongan sibibik, mungkin juga tokchik tak berani lagi untuk memiliki kereta. Selain memikirkan bebanan hutang yang kena ditanggung, tokchik juga tak cukup keberanian untuk memandu,

apabila tau tokchik ada membuat tempahan kereta perodua viva, rakan2 setugas mula sibuk, mengalahkan mereka pula yang membeli kereta baru.

penyerahan dibuat pada tanggal 25-08-2009, jam 5 petang, TETAPI sebelum jam 5, aso - aso tu sibuk bertanya bila tokchik nak ambik kereta tokchik, sampai kan tokchik tanya kepada mereka " ayooooooooooo nyonya dan aso, lu yang beli kereta ke gua yang beli, gua rilex aja, lu orang yang sibuk2 lebih"


yeahhhhhhhhhhhh kereta dah menunggu tokchik.......


jom..........naik kereta ku.....




gelagat rakan sekerja tokchik.....semua menyerbu, membelek, memeriksa, menguji....... lantak kau le labu......... yang paling utama mereka tunggu.......no pendaftaran kereta tu.........nak beli no ekor.....adusssssssssssssssss


si a gugu ni bagus, dia tolong pastikan tayar kereta tokchik cukup anginnya, diajarnya tokchik cara2 mengepam tayar kereta


alhamdulillah, walaupun dah bertahun tak memandu, akhirnya BKL 9815 sampai juga kedestinasinya...... mana lagi .........parking lot kediaman tokchik le

Monday, August 24, 2009

apam keledek

resepi ni tokchik ternampak di katalog tuppaware........... nampak macam menarik, lalu tokchik fotostat, balik rumah dicuba...........alhamdulillah...hasilnya menjadi dan sedap.
nak membuatnya cukup mudah dan ringkas


bahan A
1 sudu makan yis kering
1 sudu teh gula
2 sudu makan tepung gandum
60ml air

bahan B

200gm keledek - direbus dan dilenyek (boleh juga gunakan keladi/labu)
200ml santan
300gram tepung gandum
180 gram gula
2 sudu teh double action baking powder
1 biji telur
esen vanila

cara-caranya

-dalam satu bekas, masukan bahan A, gaul sebati dan biarkan selama 30 minit
- satu kan bahan B kedalam bahan A, gaul sebati dan dibiarkan selama 1 jam
-masukan adunan kedalam acuan, kukus selama 20-25 minit dengan api yang besar

ini le hasilnya


memang gebu...segebu tokchik
hehehe...............

Wednesday, August 12, 2009

pil khayal

ini kisah yang terjadi pada kawan tokchik, peristiwa ni berlaku pada hari isnin 10-08-09, rentetan kisah nya begini:-

- kawan tokchik tu namanya sani
- usia 41thn, dah berkeluarga
- pada hari malang tu si sani ni pergi le ke giant di shah alam, niat hati nak berbelanja.
- selepas keluar dari kereta, tiba-tiba dia disapa oleh seorang lelaki
- lelaki tersebut mendakwa dia sebagai saudara sani, mungkin dialog perbualannnya begini
" bang...... nak gi shopping ke"
" aaaaaaaaaaah...... nak pergi cari barang rumah" jawab sani
" abg tak kenal saya ke? saya dani anak long timah" ramah budak tu mengenalkan diri.
- si-sani ni jadi terkebil2 macam cicak tertelan kapur cuba nak mengingatkan sapa budak ni, puas le dia cuba mengingatkan.....tak juga teringat.

" bang....... jom kita pi dok sana, kita sembang2, dah lama kita tak jumpa, saya belanja abg minum, ikhlas ni bang" baik punya bodek budak ni dah kasi

- dalam terkebil2, terkulat2 mencari jawaban, si-sani ni boleh menurut ajakkan budak yang kita namakan dani tu,
- si dani ni pergi lah membeli air, sani pulak dok dikerusi yang disediakan, kepala nya masih memikirkan siapakah budak yang terlebih ramah nie.
- jeng------jeng--jeng....... air sudah mari........minumlah mereka, sambil berbual2 sekejap
- dalam jangkamasa 5 minit sani merasakan kepalanya pening dan merasakan seperti khayal,
- sani hanya pulih semula lebih kurang setelah 6 jam (mungkin pengaruh ubat khayal tu dah berkurangan ) dan menyedari yang dia pada saat itu berada diseremban. mamat
tu dah tinggalkan sani di seremban.
- dengan bantuan orang ramai, sani dihantar kehospital, dok le dia semalam dihospital seremban
- si pencuri tu dah kebas wang tunai dari beg duit sani sebanyak rm 1500, menggunakan kredit kad sani sehingga had yang dibenarkan (rm5000), membuat pengeluaran tunai menggunakan kad atm sebanyak rm 4500 (3 kali pengeluaran), nasib baik kereta sani tak dikebasnya

pesan tokchik pada semua, berhati2lah dengan orang yang tak kita kenali, cuma sepekara yang kena diakui, kalau dah malang nak terjadi, takdir TUHAN tak dapat dielakkan

Monday, August 10, 2009

kari kepala ikan kerapu bara

tokchik nak kongsi resepi kari ikan versi tokchik, bahan2 nya adalah:

bahan pertama : bawang merah dan bawang putih dimayang halus, daun kari juga halba campur.

bahan kedua... kisarkan bawang merah, bawang putih, halia........tokchik menggunakan pengisar kering...... sebabnya.....barangan yang dikisar bila ditumis menjadi cepat garing dan memudahkan kerja memasak........ masak ni pun kena kreatif tau..

santan daripada sebiji kelapa dan juga rempah kari ikan



yang ini yang paling penting.......kalau tak ada kepala ikan ni tak jadi le kari kepala ikan. takkan nak letak kepala lutut pulak............ nanti jadi pula namanya kari kepala lutut........maaf le....tokchik melalut pula....... bila renung lama2 ngeri pulak tokchik tengok gigi ikan ni....kalau dingapnya jari tokchik mau putus gamaknya....

cara-caranya:


panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih yang dimayang, daun kari serta halba campur sehingga naik bau dan bawang kelihatan kekuningan


masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar halus, tumis sehingga garing

masukkan serbuk kari, bagi yang dah mahir seperti tokchik ni (puji diri sendiri) tuang aja terus kedalam kuali......tapi semolek2nya bancuhlah dengan sedikit santan cair, tumis sehingga pecah minyak........bilamana kita boleh nampak rempah dan minyak seakan2 terasing..TETAPI PASTIKAN APINYA SEDERHANA... kalau tak rentung beb.....kalau dah rentung .......pahit le karinya

masukkan santan, masukkan ikan....jangan lupa pula garam, gulai tak bergaram apa rasanya, jangan terlebih garam sudah le--- darah tinggi beb.....pesan tokchik,gunakan api yang sederhana, juga pastikan kuah "dikacau" selalu supaya tak pecah minyak.


dah siap pun kari kepala ikan tokchik....tapi kari tokchik ni kalau ada kacang bendir dan juga terung lagi le sedap ....jom makan.........

chongkak park and resort

hutan lipur chongkak ni terletak di hulu langat, kalai pertama kesini, cantik dan bersih tempatnya, cuma yang tokchik kesali sikap segelintir pengunjung yang tak bertanggung jawab untuk sama2 menjaga kebersihan......sampah dibuang sesuka hati didalam sungai sedangkan tong sampah banyak disediakan. kalau macam ni bagaimana sungai kita tak tercemar......

gambar dipintu masuk hutan lipur chongkak






cantik persekitaran hutan lipur ni


masa untuk berendam.......sebelum tu kena le buat regangan dulu...hehehe..sebenarnya .mengeliat aja tu


sejuk dan menyegarkan

ini bukan aksi kuak lentang tapi aksi terlentang yang sempat dirakamkan.
apa yang pasti...sememangnya menyeronokkan

Followers