Monday, August 3, 2009

macam ni punya orang pun ada

tokchik ke sibu dari 01-08-2009 sehingga 03-08-2009, sekadar bercuti sempena ulang tahun kelahiran tokchik.

sibu ........bandar kedua terbesar disarawak dimana penduduk berketurunan cina mendominasi kepadatan penduduk didaerah ini. apa yang tokchik nak ceritakan disini kisah semasa diairport sibu sebelum berlepas pulang ke kuala lumpur.

sewaktu hendak mendaftar masuk...........tokchik dihampiri oleh seorang wanita melayu dalam lingkungan umur sekitar 32 tahun.....

" maaf tanya........... encik nak ke kl ya"

" yup" jawab tokchik, dalam hati terfikir juga......"apa ke bengangnya pompuan nie, dah tentu le aku beratur untuk daftar masuk", tokchik terfikir juga, mungkin ini kali pertama dia menaiki kapalterbang, mana le tau dia takut sesat ke.
.....orang kata dalam rasa curiga masih lagi bersangka baik.

"encik hanya bawa bag sandang aja ke" dengan tersengih2 dia bertanya lagi.

apa ke halnya pompuan ni.......buta ke!!!!!! dah tentu le dia nampak aku hanya menggalas satu beg sandang ja........ lagi mau tanya.

" encik boleh tolong bawa kan beg saya tak" dengan muka tak tau malu dia bertanya lagi.

ohhhhhhhhhhhhhhhhh........... rupa2nya ada hajat. dah tau nak berangkut banrang banyak2 naik kapalterbang, sediakan aja le duitnya untuk membayar lebihan bagasi..

" soooooryyyyyyy............. saya tak biasa tolong bawa kan beg orang" selamba ja tokchik menjawab......... dibuatnya beg yang disuruhnya tokchik bawa tu mengandungi bahan terlarang.........mampussssssssss tokchik.

selesai perempuan melayu tu, datang pulak nyonya dengan dressing maam mak dating menghampiri tokchik.
" err......... encik......luuuuu only carry hand luggage haaaaaaa" dia bertanya, cuba memaniskan muka berkedutnya yang dah macam pelakun opera cina..almaklumlah sekilo bedak kat muka.
"why??????" tokchick bertanya semula
" can you bring my luggage" dasar muka tak malu
" you thing i'm forweding agent, simply ask me to carry your bag, how much you want to pay me" terkebil2 nyonya tua bila kena sound dengan tokchik....hahahaaaaaaaaaaa itu aja cara nak mengajar orang yang kedekut, sedangkan semua tu barangan milik sendiri.

tamat cerita masa daftar masuk, dalam pesawat tokchik cuba melayan mata, manalah tau boleh tidor ke, setelah sejam penerbangan, keamanan minda tokchik diganggu oleh bauan gas beracun yang dikeluarkan oleh penumpang yang duduk dihadapan tokchik. dah le dok dalam tempat berhawa dingin..........suka2 dia aja melepas......... ingatkan sekali ja....... rupanya berulang lagi sebanyak 3 kali.......tokchik apa lagi...tarik kolar baju,letakkan dihidung tokchik......jadi le kolar baju tu sebagai topeng pelindung, bau pewangi yang melekat di kolar baju tu berfungsi sebagai penyengar udara..............................

2 comments:

redly said...

happy belated birthday tokchik....
saje nk tnye,dlm bnyk2 bandar di sarawak...nape pilih sibu?

tok_chik said...

kuching tokchik dah pergi, jadi kali ni menjelajah ke sibu lak, menjenguk2 tempat orang, belajar budaya orang

Followers