Monday, August 3, 2009

sibu 2 - sungai rajang dan bot sebagai sumber pengangkutan

jalan punya jalan, susur punya susur.........tokchik sampai ke tebing sungai rajang yang terletak dibadar sibu nie.

sungai rajang ni menjadi nadi penghubung kepada penduduk didaerah yang tidak dapat dihubungi dengan jalanraya atau ada ketikannya menggunakan jalan air lebih cepat daripada menggunakan jalan darat.






deretan bot penumpang yang berlabuh di jetti.........yang ini dipanggil bot express,kalau tak silap tokchik, bot express ni boleh mengangkut lebih daripada 50 orang pada setiap perjalanan (tu le masa orang menjelaskan tokchik tak mencatat.....bila nak menulis ni dah kena main agak2 aja)


yang ini pula deretan bot laju, juga berfungsi sebagai "teksi air" boleh membawa lebih 20 orang pada satu2 masa ( macam ikan sardin dalam tin le) sebab yang ni tokchik perhatikan dari awal, pengendali bot tu main sumbat ja....

tersilap langkah tercebur kedalam sungai..lencun le jawabnya

operator/pengendali bot memeriksa keadaan enjin bot sebelum memulakan perjalanan.

yang dok mencangkung kat birai bot tu kalau bot berhenti mengejut harus melayang dah le dia kurus,....... hehehe

yang baju putih tu le pengendali bot tu, dah penuh macam tu sampai kat bumbung pun ada yang duduk dia masih nak sumbat orang lagi
tokchik teringin juga nak naik, tetapi masalahnya tokchik tak mabuk laut, topkchik mabuk bila dah naik kedarat nanti, mau berjam2 kepala pening dan rasa berpusing macam gasing.

2 comments:

mizlan said...

wow!menarik sekali percutian tokcik..saya pun lum pernah sampai sibu

tok_chik said...

ni pun berkat tambang murah air asia....kalau tak jangan mimpi le.....tambang pergi dan balik hanya rm 130.00

Followers