Saturday, October 31, 2009

mak......mak.... rindu sangat2 kat mak



baca dan renungkan bersama :

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalunya.. aku ingat pasanganku
Selalunya.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

mungkin iniluahan hati seorang ibu:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

"Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah, merasa juga mak duit hasil kerja kau nak".

bagaimanakah perasaan kita bila itu yang diluahkan, berderaikah air mata jika kita mendengarnya........

Tapi bila Mak sudah tiada..........


ini yang selalu diluahkan.....MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

berderai air mata tokchik semasa coretan ini dibuat, adakah aku ini anak yang baik, cukupkah jasa ku pada orang tua, berapa banyak luka dihati ibu bapa yang telah aku lakukan, adakah aku mendapat keampunan ibubapa terhadap segala dosa2 ku??????

ya Allah,ampuni dosa dua ibubapa ku, lapangkan mereka dalam pusara, inilah pinta dalam doaku, jauhi mereka azab sengsara

Friday, October 30, 2009

kek sukun ina

semasa majlis menyambut menantu dirumah pakandak, tokchik ada makan kuih ni, memang sedap,
"ina, boleh dapatkan pakcik resepi kuih sarang lebah tu tak? sedap le rasanya"
"no problem chik..... demi pakcik ku sayang..... semua boleh" itu jawaban ina. baik hati anak saudara tokchik ni.
selang beberapa hari, resepi yang dikehendaki tokchik perolehi..... maka sessi mencuba pun bermula.

bahan2 nya adalah:
5 biji telur ayam

2 cawan gula pasir - dibuat gula hangus dengan menggunakan 2 cawan air

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat

1/2 cawan majerin
1/2 cawan susu pekat

cara-caranya :
terlebih dahulu, sediakan gula hangus, goreng gula sehingga keperangan kemudian masukkan 2 cawan air, maka begini le hasilnya

ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat sehingga rata


pukul telur sehingga kembang



dalam bekas lain, majerin dipukul sehingga kembang

campurkan susu pekat kedalam majerin, gaul rata, kemudian masukkan telur yang telah dipukul .........gaul sebati

langkah seterusnya, masukkan tepung berselang seli dengan larutan gula hangus kedalam bancuhan telur + susupekat + telur tadi, gaul sebati.begini le rupanya adunan kek tersebut.


panaskan oven terlebih dahulu, tetapkan suhu pada 180 darjah celsius,bakar selama 45 - 50 minit.


ini le hasilnya.............sedapppppppppppppppppp


cubalah membuatnya, insyaallah.......... ikut sahaja apa yang dah tokchik paparkan, pasti menjadi

Wednesday, October 28, 2009

jom ronda-ronda

cuaca tak memihak kepada tokchik, selepas daftar keluar dari penginapan,..... baru separuh perjalanan hujan turun, mula2 hanya renyai2 kemudiannya bertukar lebat........sejukkkkkkkkkkkkkk

apa ke nama tempatnya, lupa pula tokchik,..........tengok aja le gambar2 yang tokchik dah rakamkan.
cantik2 bunga2 yang dipamirkan, kalau berkenan.....beli......angkut bawa balik kerumah



posing sambil memakan aiskrim strawbery....


pokok bunga ni kalau tak silap tokchik, arwah bonda kata namanya bunga zaleha..... untung le kau zaleha, dari dulu dah ada bunga yg diberi nama ikut nama kau,

pasu ni mengandungi pokok strawbery..... sempat juga tokchik ngap sebiji dua sambil bergambar........ kalau le pokok strawbery tu baru diletak racun serangga...... ketuntang biji mata tokchik......hahaha......sekali imbas rupa daun strawbery ni seperti daun pengaga.



sapa yang minat kektus pasti suka melihat longgokkan kaktus yang beranika rupa dan saiz,


tokchik belek2 ni bukan nak beli pun, saja2 suka menengok ..........

bunga2 beranika warna yang menarik perhatian tokchik.......kumbang dengan bunga....... tapi ni kumbang tua.........hahahahahaha







buah tomato yang ranum, warnanya yang merah segar sememangnya menarik perhatian pengunjung, cakap banyak pun tak guna...... tengok le sendiri





aikkkkkkkk.........kesat air liur yang meleleh tu, tokchik cakap tak percaya.....

periuk kera

jangan tanya tokchik bagaimana pokok ni boleh dinamakan periuk kera, mungkin dulu2 kera pandai memasak, dan ini le periuk yang digunakannya.....


sewaktu dikampung dahulu, setiap kali menjelang hari raya, penduduk kampung tokchik akan mencari kelongsong periuk kera untuk digunakan bagi menyediakan juadah hari raya yang kami namakan "periuk kera". ianya merupakan beras pulut yang dimasak berserta santan (seperti orang membuat lemang), dimasukkan kedalam kelongsong periuk kera dan dikukus, sememangnya sedap.........aroma yang terhasil memang menggiurkan. untuk membuat "periuk kera" kami menggunakan jenis yang pendek dan lebih besar, yang ini dipanggil periuk kera betina.. seperti gambar dibawah ini


yang dibawah ini pula periuk kera jantan.........



tetiba tokchik rindukan masa silam....... rindukan masakan bonda tercinta

pasar malam cameron hinghland

cameron highland terkenal dengan hasil pertaniannya, sayuran yang segar, bunga2an yang sememangnya menarik perhatian,kami menyinggah kepasar malam yang terletak berhampiran penginapan.

tertarik memerhatikan penjual makanan ni menggoreng kimcam, cendawan dan brokoli......macam sedap aja


bila dah terliur, kena le beli untuk merasai...sedap ke tidak.... tokchik beli sebungkus kimcan + brokali dan sebungkus cendawan goreng,



sememangnya sedap..tak percaya!!!!! cuba tengok cara tokchik menikmatinya.. mai sebungkus lagi.....hahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

strawbery merupakan satu tarikan di cameron highland, tak lengkap rasanya kunjungan ke sini kalau tak membeli dan menikmati strawbery.

ada yang mencadanagkan kepada tokchik, strawbery ni paling enak dimakan bersama aiskrim perisa vanilla. dah pun tokchik cuba..... yummmyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

selain strawbery, jagung juga merupakan hasil pertanian yang menjadi rebutan disini, rasanya yang lebih manis, lebih segar dan kalau malas nak merebusnya....... makan mentah pun boleh, raanya memang berbeza daripada jagung2 yang biasa dijual dipasar malam

jangan direbus, hanya kukuskan sahaja sekitar 5 minit, dah boleh dimakan, siap kukus sapukan majerin, jadi rasanya masin2 manis

gambar yang dibawah ni katanya epal cameron highland, tokchik cakap kat penjualnya,
"aikkkkkkk....pasal apa epal u macam terung aja" langsung tak menarik perhatian untuk mencuba sebab rupanya nampak pelik sangat.....hahahahahaha

kat pasar malam nie, tokchik jadi kemaruk melihat sayuran yang dijual, segar, murah, rasa seperti nak borong aja semuanya, tapi kalau beli banyak2 nak buat apa,



kobis ni sememangnya memikat hati tokchik, beli le satu,


cantik bunga disini, tergoda tokchik ............

tokchik beli juga sejambak bunga, menurut penjualnya......... bunga2 tu dah diawet, boleh bertahan selama 5 tahun, apda tokchik setahun pun dah cukup, sejambak ni hanya rm 10

bila dah dibawa balik kerumah ,tokchik tak tahu mana nak letak.....hahahahaaaaaaaa...membazirkan namanya

Tuesday, October 27, 2009

jalan-jalan cuci mata

menyusuri jalan tapah - cameron highland, kami berhenti beberapa kali, mengamati keindahan anugerah Tuhan......... menikmati kesejukan bayu cameron highland.
berhenti beli petai .sempat lagi tokchik posing

tepi jalan pun jadi, kat selekoh pulak tu......bahaya ooooooooo

sengaja bergambar dipapan tanda ni, sebab nak jadikan bukti.....hehehehehe


permandangan ladang teh yang saujana mata memandang




syoknya melepak begini........ terasa macam dalam filem hindustan, nak menyanyi sambil berguling2 tak ada pulak pasangan ......... tapi silap2 guling, masuk gaung jawabnya....choiiiiiiiii...hehehehehe

pekan tanah rata - cameron highland

gambar berlatar belakangkan pekan tanah rata

kepala tokchik pening, rasa nak muntah pun ada.....ni namanya mabuk free...... sampai dipenginapan...........terbungkang terus.....

Followers