cameron highland terkenal dengan hasil pertaniannya, sayuran yang segar, bunga2an yang sememangnya menarik perhatian,kami menyinggah kepasar malam yang terletak berhampiran penginapan.
tertarik memerhatikan penjual makanan ni menggoreng kimcam, cendawan dan brokoli......macam sedap aja
bila dah terliur, kena le beli untuk merasai...sedap ke tidak.... tokchik beli sebungkus kimcan + brokali dan sebungkus cendawan goreng,
sememangnya sedap..tak percaya!!!!! cuba tengok cara tokchik menikmatinya.. mai sebungkus lagi.....hahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
strawbery merupakan satu tarikan di cameron highland, tak lengkap rasanya kunjungan ke sini kalau tak membeli dan menikmati strawbery.
ada yang mencadanagkan kepada tokchik, strawbery ni paling enak dimakan bersama aiskrim perisa vanilla. dah pun tokchik cuba..... yummmyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
selain strawbery, jagung juga merupakan hasil pertanian yang menjadi rebutan disini, rasanya yang lebih manis, lebih segar dan kalau malas nak merebusnya....... makan mentah pun boleh, raanya memang berbeza daripada jagung2 yang biasa dijual dipasar malam
jangan direbus, hanya kukuskan sahaja sekitar 5 minit, dah boleh dimakan, siap kukus sapukan majerin, jadi rasanya masin2 manis
gambar yang dibawah ni katanya epal cameron highland, tokchik cakap kat penjualnya,
"aikkkkkkk....pasal apa epal u macam terung aja" langsung tak menarik perhatian untuk mencuba sebab rupanya nampak pelik sangat.....hahahahahaha
kat pasar malam nie, tokchik jadi kemaruk melihat sayuran yang dijual, segar, murah, rasa seperti nak borong aja semuanya, tapi kalau beli banyak2 nak buat apa,
kobis ni sememangnya memikat hati tokchik, beli le satu,
cantik bunga disini, tergoda tokchik ............
tokchik beli juga sejambak bunga, menurut penjualnya......... bunga2 tu dah diawet, boleh bertahan selama 5 tahun, apda tokchik setahun pun dah cukup, sejambak ni hanya rm 10
bila dah dibawa balik kerumah ,tokchik tak tahu mana nak letak.....hahahahaaaaaaaa...membazirkan namanya
No comments:
Post a Comment