Monday, October 26, 2009

cameron highland

hajat hendak bercuti ke cameron highland terlaksana juga,kami mengambil keputusan untuk keluar dipersimpangan Tapah, menggunakan jalan lama Tapah - Cameron highland.

penuh tumpuan tokchik memandu.........tapi hanya dari klang sampai ke tapah aja, bila mendaki ke cameron highland, tukar pemandu.


permandangan sepanjang perjalananan memang mendamaikan, tetapi yang tokchik tak boleh tahan keadaan jalannya yang bengkang bengkok tu.....poneng kepala den.......... nasib baik le tokchik tak muntah..




beberapa kali juga tokchik terserempak dengan kereta yang berhenti ditepi jalan dan penumpangnya muntah kerana mabuk,

disepanjang jalan mendaki ke cameron highland (jika mengikut jalan tapah - cameron highland) kita pasti akan tersua dengan gerai2 yang menjual hasil2 hutan seperti petai dan durian (jika musim durian). Gerai2 ni dikendalikan oleh orang asli,


petai yang segar, durian yang baru gugur, petai dijual rm10 untuk 12 keping, durian dijual mengikut saiz, berdasarkan keterangan penjual durian tu, mereka berasal daripada suku Temiar,

"saya nak sebiji, nak makan disini" dah pilih mana yang berkenan tokchik suruh penjual tu memgopek durian tu..rm 7 sebiji


fuhhhhhhhhhhhhhhh..........sedap.......... durian yang segar.

No comments:

Followers