Thursday, October 22, 2009

asam pedas parit yusuf

kami bertolak balik ke kuala lupur dari rumah pak andak sekitar jam 10 pagi tanggal 18/10/2009, rencana awalnya, herman nak bergegas pulang disebabkan ada undangan rumah terbuka hari raya kawannya.

dalam perjalanan,kami menyusuri masuk kejalan lama johor - air hitam, sebelum masuk kelebuh raya, sampai dikulai, tokchik terpandang ada orang menjual durian dipinggir jalan........apa lagi........"L kita singgah makan durian, pakcik belanja", singgah le kami, terpandang ada selonggok durian yang diasingkan, tangkainya dibungkus dengan daun getah dan diikat dgn gelang getah, berkemungkinan bertujuan untuk mengekalkan kesegarannya.
"tu durian apa, sampai kena bungkus tangkainya" toikchik bertanya
"ohhhhhhhh ,............. itu durian kunyit, banyak sedap oooooooo" penjual tu menjawab
" berapa sekilo" tokchik bertanya lagi
"rm 18" jawab sipenjual
"wowwwwwwwwwwwwwww......mahalnya"
" lu try le, banyak sedap"
"ok lah.........lu timbang sebiji, saya nak cuba"

memang sedap isinya, berbaloi dengan harga sekilo rm 18. disamping tu tokchik juga mengambil 2 biji D24...........sedap, kalau nak dibanding kan dengan D24 yang tokchik beli di klang, yang dijohor ni jauh lebih berkualiti

"bang ..........sedapnya durian ni" tu yang di luahkan ojie kepada suaminya

" sayang makan le, abg nak merokok, rokok abg ni lagi sedap dari durian tu" tengok aja le memek muka herman tu, sedangkan dia dah kenyang makan durian awal2 lagi. lepas makan durian, kami meneruskan perjalanan, yang menjadia gelak tawa dalam perjalanan tu bila tokchik mula sendawa........ faham2 aja le bagaimana baunya, gas durian yang dilepaskan dalam kereta beraircond.............tapi yang pelik tu, herman boleh rilex aja tak ada sendawa durian pun seperti kami bertiga.....

kami menyinggah sebentar di air hitam, saja nak meninjau2 barangan disana, beli lah juga nenas sebagai buah tangan,disamping menunggu kakak sampai ke air hitam sebab dah berjanji nak makan asam pedas ndi jetti parit yusof muar

sempat lagi menyinggah minum air tebu..... manis dan terasa kesegaran serta keaslian air tebunya

ni le tempat tujuan kami untuk menjamu selera




sebelum makan, kami semua pakat2 bergambar dijetti nelayan yang terletak bersebelahan sahaja



semua dah bersedia menunggu asam pedas yang dipesan tiba, petang tu kami pesan 2 ekor ikan merah, 2 ekor sembilang, juga ikan pari dan sayur kangkung, telur dadar dan limau ais untuk 12 orang makan.

dah sampai pun hidangannya............ jommmmmmmmm.........makan time





tengok........semua dah licin.........burrrrrrrrrrp.bertambah buncit le perut masing2. semua sekali rm 110.00, baloi memang brbaloi, lain kali kami datang lagi

No comments:

Followers