Sunday, May 30, 2010

ayam goreng berempah



biasanya tokchik beli seekor ayam, setelah dibersihkan tokchik akan perapkan dengan :

bawang putih - dikisar
halia - dikisar
kunyit segar - dikisar
garam

serbuk cili
serbuk ketumbar
serbuk jintan
sedikit rempah kari

kalau nak sedap gunakan ketumbar biji, tumbuk kasi pecah2 sedikit, jangan terlalu hancur

gaul sebati kesemuanya, perapkan,
selalunya tokchik bekukan selepas diperap beberapa ketika, bila nak makan, keluarkan daripada peti sejuk, dinyahbekukan, gaulkan dengan tepung dan goreng

Saturday, May 29, 2010

muara ikan bakar

cak kobin ajak tokchik gi makan, "saya belanja abg"
start kereta....... zupppppppppp........dalam gerimis petang, muara ikan bakaar di port klang kami tuju.




silalah membelek, pilih lah mana berkenan....... ambik, timbang, lepas tu kasi tau nak dimasak...........

cak kobin pilih ikan siakap ------- masak 3 rasa, sotong goreng tepung --- tokchik yang cadangkan, kami tambah lagi dengan aira kelapa, nasi putih dan mee hoon goreng

sedap air kelapa ni, masih terasa kesegarannya

untuk menu petang tu- ikan siakap 3 rasa (1 bintang aja, sebab ikannya terlalu garing, nampak kehitaman, mungkin bersebab minyak yang digunakan), sotong goreng tepung(300gram seekor sotong), nasi putih, mee hoon goreng..... rm59.60.

sebenarnya.. pada tokchik, keistimewaan dimuara ikan bakar adalah ikan bakar dan air asamnya yang memang power.

tetamu yang sedang menjamu selera



sempat lagi bergambar sebelum balik

Thursday, May 27, 2010

pakai sarung


kita sering melihat orang ramai mengambil kesempatan membaca secara percuma dikedai2 yang menjual buku dan majalah. kes sayang nak keluar duit tetapi nak membaca,

petang tadi tokchik ke jusco bukit tinggi....... masuk sekejap ke kedai buku popular......zupppppppppppppppppp......... mata tokchik terpandang...... majalah yang diletakkan dirak pamiran semuanya dah bersarung dengan plastik... begitu juga dengan buku2 yang dipamirkan.

bagus........ tindakkan bijak pihak pengurusan kedai buku berkenaan bagi mengekang tabiat membaca percuma pengunjungnya,
sempat juga lah tokchik snap gambar dirak, pengawal keselamatan dia jeling ja bila tengok flash kamera tokchik menyala

cabut atau tampal




rasa tak selesa pada gigi ni dah berulang kali menjelma, terasa pijar dipipi dan telinga berdengung jadinya, ingatkan sebab terlebih mendengar muzik yang kuat,

sekejap terasa sakitnya, sekejap hilang, rabu 26-05-2010 rasa pijar dan telinga berdesing menjelma kembali, apa lagi........ klinik jawabnya, nak ditampal dah tak sesuai, cabut aja le jawabnya, semakin rongak jadinya tokchik, barulah sesuai dengan nama.....tokchik......

rm 80.00 untuk sebatang gigi geraham, bayaran yang dikenakan diklinik swasta. bila terpisah sahaja gigi daripada gusi, serta merta hilang rasa pijar di pipi dan telinga yang berdengung, yang tinggal rasa sakit bekas cabutan tu.

apam beras




tokchik suka makan apam, tetapi tak mudah nak mendapatkan resepi yang betul2 menjadi. adalah mencuba beberapa resepi tetapi ada sahaja yang tak kena.
resepi yang tokchik gunakan kali ini merupakan resepi kepunyaan mak mertua adik tokchik, gigih ucu maharani mengusahakan untuk mendapatkan resepinya.

yang empunya resepi menegaskan, tepung beras yang hendak digunakan MESTILAH TEPUNG BERAS CAP BUNGA TERATAI. Tokchik cakap juga dengan adik, tepung beras jenama lain tak kan tak boleh,

selama ni tokchik hanya kenal tepung beras cap gajah tu aja, kebetulan semasa kekedai terpandang lah pula TEPUNG BERAS CAP BUNGA TERATAI, sambar le sepeket

tokchik catitkan bahan2nya

1 peket tepung beras - 500gram
2 sudu teh yist segera
1-2/3 cawan gula pasir
3 cawan air

2 sudu teh eno ( dibancuh kedalam adunan sebelum mengukus)

bacuh kesemua bahan2 yang diatas KECUALI ENO, perap selama 8 jam

panaskan kukusan, ambil sebahagian adunan kedalm bekas lain, masukkan 1 sudu teh eno, gaul rata, masukkan kedalam acuan dan kukus selama 10-15 minit (bergantung kepada saiz acuan)

letakkan kelapa parut yang telah bercampur garam semasa menghidangkan

Monday, May 24, 2010

tak sekolah agaknya



pemandu ni memang tak sekolah agaknya, dah ditulis dilarang parking, tapi kat situ juga yang dia parking, petugas kat tempat parking tu mana hilang agaknya, mengapa tak meronda... clamp aja kereta tu, biar kan pemandu tu terkujat, baru padan muka dia.

dah sampai masanya

entry kelabuan tak sempat disiapkan sepenuhnya, pc tokchik meragam, kesudahannya...... gambar2 yang dah diambil dan disimpan didalam pc hangus begitu sahaja.... punca segala masalah tu.......mainboard buat hal..... kalau manusia kita kata dah sampai seru..innalillahhiwainnalillahhirajiun.
tokchik pun sedekahkan alfatihah untuk pc tokchik nie, jenuh juga lah along jenny mencari punca dimana silapnya pc ni, sebab setiap kali power supply dihidupkan, seketika kemudian akan terus shut down..

gambar dibawah ni semasa tokchik bawa cpu ke kedai komputer diklang, budak cina tu kata window problem nak kena format, tokchik kata tak apalah, bawa balik suruh along jenny formatkan,

yang kelakarnya, dia tak tutp power supply semasa dia mengodeh cpu tu...... apa lagi....kena kejutan letrik dia, tanpa disengajakan, tokchik gelak sakan kat dia......jahat betul aku .


bawa kekedai komputer dishah alam, chechk sana sini, "mainboard rosak bang"
tukar aja le, dengan upah...semuanya rm180.00...... tokchik bukannya tau apa2 pun pasal barang2 komputer, tau guna aja



alhamdulillah, siap pun pc dan boleh lah tokchik melayari internet semula.

Tuesday, May 18, 2010

jalan2 ke labuan

perancangan dah dibuat lama, seminggu selesai majlis persandingan ain, tokchik terbang ke labuan, sekadar nak bercuti, tetapi labuan sebenarnya tak ada apa yang menarik, kalau dibandingkan dengan langkawi, sebagai pulau bebas cukai, langkawi lebih menawarkan banyak pilihan, selain daripada cokelat yang ada banyak pilihan juga agak murah jika dibandingkan dengan semenanjung, arak dijual cukup murah disini...... kalau kaki mabuk, anytime boleh ting tong 24 jam .... hahahaaaaaaaa..... nasib baik le tokchik cuma minum air kosong aja.

sincan dan balang yang menghantar tokchik ke airport, yang kelakarnya ...sincan boleh bercakap " TOKCHIK....TOKCHIK....HARI INI MERUPAKAN HARI BERTUAH KITA TAU TAK"
mana tak bertuah, sebab dibawa keluar berjalan, sebab dia dah komplen... "kita bosan lah tokchik, dok rumah aja"... hahaha........bebudak sekarang nie,
tokchik tanya kat balang, "lang tau ke nanti nak balik hantar sincan",
bukan balang yang menjawab, tetapi sincan...."TAK PA, KITA TAU JALAN, JANGAN RISAU"

sempat juga sincan bergaya di KLIA



muka sedih kitaretsu sebab tak boleh ikut, kesian......


semasa sarapan, tokchik diberikan menu......zoooommmmmmmm...... mata terpandang "roti jantan"...... ada roti jantan ada roti betina ke.....

ini le rupa roti jantan..... roti dengan 2 biji telur didalamnya...orang jantan kan ada telur 2 biji.......... hahahaha.......sesuai sangat namanya


uniknya nama kedai jahit ni...TUKANG JAHIT CAP SIGEMUK.........

persekitaran bandar labuan......





tokchik sibuk nak ambik gambar didalam kedai ni sehingga tak menyedari ada papan tanda melarang bergambar, itu yang kawan tokchik gelakkan tokchik.....malunya aku

makanan dilabuan tak berapa menepati selera tokchik,apa yang boleh dimakan.....bedal aja le......janji tak kelaparan......hahaha, kepak ayam ni sedap juga lah, disini mereka panggil sayap bukan kepak.......sayap pun sayap le....


sempat juga menyinggah ke pasar labuan. ada benda yang tak dijual dipasar disini dijual disana

Wednesday, May 12, 2010

j card member day




selepas kerja, tokchik menyinggah ke Jusco Bukit Tinggi Klang... J card member day....

punya le ramai orang, banyak betul duit mereka bershopping,

tokchik sekadar jenguk2, belek, perhati2, senang cakap tumpang menyibuk ja. lepas tu tokchik cow..... sempat le juga snap gambar pengunjung

welcome to the world - adam rayyan


setelah menunggu, akhirnya permata hati selamat menghirup udara bumi segamat pada tanggal 12-05-2010, ayang ditolak masuk kedewan bedah jam 9.20 pagi dan adam rayyan selamat menjenguk kedunia barunya. tepat jam 10.10 pagi bermulalah kehidupan baru bagi adam, ayang dan ijoy.adam dilahirkan dengan berat 3.8kg. comel dan montel.

ayahanda dan bonda adam rayyan...


wajah terkini adam rayyan yang dimms kan kepada tokchik oleh mukhlis



kek buah kukus

tokchik sememangnya suka kek buah kukus,jenuh juga lah nak mendapatkan resepi yang betul, ada tu bahan2nya betul cuma cara penyediaannya tak dijelaskan secara tepat dan terperinci, bila dicuba, tak menjadi, terasa penat dan tak berbaloi.
tokchik nak berterima kasih kepada penyumbang resepi ni, tokchik lupa nak mencatitkan siapa namanya, tetapi resepi yang diberikan betul2 menjadi, dah 3 kali tokchik buat, hasilnya tetap sama, baunya, rasanya, kelazatannya, tokchik pun nak berkongsi sama dengan yang lain.

bahan-bahannya

300 gram tepung gandum
150 gram gula kastor - kalau gula pasir biasa tu, kisar aja dengan pengisar kering
4 biji telur gred B / kalau gred A guna kan 3 biji
250 gram mentega
250 gram buah-buahan kering

1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh esen vanilla

1 cawan gula - dibuat gula hangus (gunakan cawan sukatan yang ada dijual)

cara-caranya


panaskan kukusan - air kukusan hendaklah mendidih, sebab bila siap dibancuh terus dikukus

gaul tepung dengan buah2an kering - ayak untuk membuangkan tepung yang tak diperlukan

ayak tepung bersama dengan bikarbonat of soda

putar gula dan mentega sehingga kembang, lepas tu masukkan telur satu persatu, GAUL RATA TAK PERLU DIPUTAR.

campurkan tepung, gaul sebati, semasa mengaul, putar sehala mengikut arah jam

sediakan gula hangus (tokchik gunakan kuali tak melekat) bila gula dah cair dan berwarna keperangan, tuang terus kedalam adunan tepung, gaul sebati, pastikan menggunakan senduk kayu (lihat gambar yang disertakan)








masukkan kedalam loyang bersaiz 7" x 7", lapik dasar loyang dengan kertas surih


balut loyang dengan kertas aluminium, kukus selama 2 jam dengan api besar dan 2 jam lagi dengan api sederhana


inilah hasilnya.......

Followers