Monday, March 28, 2011
cheff jemputan
tc diminta oleh kakak tc untuk memasak lauk semasa majlis persandingan nadia
nak ditolak kesian, nak diterima tc tak ada pengalaman, kalau memasak untuk 4 / 5 orang tu insyallah... ini nak memasak 120 ekor ayam... kang tak jadi ...malu tuan rumah
tel kakak di kluang....minta sukatan resepi untuk masakan pada skala besar. tc bawa balang sebagai pembantu,
rasa nak tercabut bahu mengaul untuk memastikan rempah sebati dengan ayam....alhamdulillah... siap juga tc memasaknya dan hasilnya tak mengeciwakan
majlis pernikahan dan persandingan nadia dan jefri
kakak tc pn rohela dan suaminya en hamdan menerima menantu pertama pada 26hb mac 2011 (majlis akad nikah) sementara majlis persandingannya berlangsung pada 27-03-2011
gambar semasa majlis persandingan
http://www.youtube.com/watch?v=WhAeKQ7L8JY
http://www.youtube.com/watch?v=2zhsUpohhHU
http://www.youtube.com/watch?v=WxhC1tH3uzA
http://www.youtube.com/watch?v=fDyA0NZk3B4
pulut berhias
Sunday, March 20, 2011
cheese cake
ini bukan resepi asli tc, cuma tc nak ucapkan terima kasih kepada pemilik asal resepi ni (lupa pula tc siapa)...memang sedap,
jadi tc kongsikan resepinya ......
bahan dasar /base
1 cawan biskut (tc gunakan biskut merie - sedap) hancur dicampur dengan butter cair, kemudian ditekankan kedasar loyang pembakar sehingga padat, sejukkan sekurang2nya 30 minit.
bahan untuk kek :
250grm cream cheese - jenama philidelphia
3 sudu besar butter tanpa garam (tc guna aja butter yang biasa)
3/4 cawan gula kastor (guna aja gula pasir biasa, kemudian kisar )
150 ml yougrt kosong
1 sudu besar jus lemon / jus limau nipis
1 sudu besar tepung jagung (tc tambah lagi 1/2 sudu teh tepung jagung)
3 biji telur
putar cream cheese, butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
masukan yougrt, gaul rata
masukkan jus lemon. gaul rata
masukkn telur sebiji demi sebji dan putar
akhir seklai masukkan tepug jagung....putar sebati
tuangkan kedalam loyang pembakar, guna kan suhu 160celcius (bergantung pada oven)
bakar selama 45 - 50 minit dengan cara "water bath"
setelah cukup masa membakarnya, switch off oven dan biarkan kek didalm oven selam sejam / sehingga suhu oven sejuk baru dikeluarkan
sejukkan kek terlebih dahulu kemudian simpan didalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam baru boleh dipotong
ketumbar jintan
27hb march 2011 merupakan majlis kenduri perkahwinan nadia......anak akak tc yang dok digombak
kakak tc minta tolong masakkan lauk ayam masak kicap resepi wak emon....kami panggil ayam masak kicap jawa............100 ekor ayam.....
tc dah mula menyangai ketumbar jintan, dah siap disangai kena dikisar, harum betul bau rempah yang dikisar ni. jenuh juga lah tc menggoreng dan mengisarnya, almaklumlah 2.5 kg ketumbar dan 0.5kg jintan halus
dah namanya adik beradik, mana yang boleh dibantu, kita bantu, bukan orang lain pun
pau lagi
Thursday, March 10, 2011
murtabak meggi
celur meeggi - jangan terlalu kembang
tumiskan bawang yang dipotong dadu dan juga daging burger yang dipotong kecil, tumis sehingga daging masak
campurkan perencah mee segera, bawang yang dimayang dan juga telur, diaduk rata
gaulkan daging burger tadi dengan mee segera yang dah dicelur,
panaskan minyak, tuangkan bancuhan telur, kemudian letakkan mee segera yang telah dicampur daging burger diatasnya, tuangkan baki bancuhan telur tadi dibahagian atas, goreng kedua2 bahagian sehingga masak
dah pun siap, sedap dimakan dengan cili sos
meragi tapai
hujung minggu - ahad - 13-03-2011, anak kepada anak saudara tc nak bertunang, terlanjur ada ragi dirumah ni, tc pun masak pulut, kemudian meragi, menjelang 13 hb tu kalau ikut perkiraannya tapai ni dah pun masak
pulut yang ditanak, kena dibiarkan betul2 sejuk abru boleh diragikan
tc masukkan aja dalam bekas plastik, alhamdulillah... menjadi
Monday, March 7, 2011
pau
resepi daripada internet, lupa darimana tc dapat, meberanikan diri mencuba
alhamdulillah, hasilnya tak menghampakan
tc nak ucapkan terima kasih kepada pemilik asal resepi ni, jadi disini tc kongsi sama2 resepinya
PAU BAGUS
Sponge (A)
250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air
Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.
gambar diatas ini hasilnya - maaf gambar tak jelas
Bahan (B)
250g tepung pau
100g gula caster
1 sudu besar Double Action baking powder
5 g garam
30g shortening
125g air
Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.
Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.
Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian (rujuk gambar dibawah ini)
bahagikan adunan kepada bahagian2 kecil, canai dan isikan inti,
sedikan kukusan, pastikkan air betul2 mengelegak, baru diletakkan kukusan yang berisikan pau
kukus anggaran 10 minit, dan ini lah hasilnya
gulai ayam salai belimbing buluh
bahan2nya
ayam salai
1 biji kelapa diambil santan
3 batang serai dititik
10 biji belimbing buluh - dibelah dua
bahan kisar
cili padi
bawang merah
kunyit segar
satukan kesemua bahan dalam kuali, renehkan dengan api sederhana,pastikan santan tidak pecah minyak
tambahkan garam secukupnya
biarkan mendidih selama 10 minit lagi sebelum mematikan apinya
daging salai jeruk maman
daging salai dan ayam salai
balang balik ke kampung neneknya dibahau, tc pesan kat dia suruh belikan ragi untuk buat tapai, sebab ragi pakcik tu memang "menjadi" sambil2 tu sesaja menyakat minta dibawakan balik daging salai dan ayam salai
alhamdulillah....................dibawanya balik betul....ori...bau asap melekat kuat pada daging dan ayam yang disalai
syukur
langusng memikirkan nak masak apa
Thursday, March 3, 2011
muffin/apam pisang cokelat
mudah menyediakannya
bahan A (diayak bersama)
2 cawan tepung
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat of soda
bahan B
1 cawan pisang yang telah dilenyek (pisangyang ranum menghasilkan rasa yg sedap)
1 cawan minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
1 cawan gula perang
secubit garam
2 biji telur - dipukul seperti nak membuat telur dadar
caranya
satukan bahan A dan bahan B kedalam bekas, gaul rata
masukkan kedalam kedalam acuan (3/4 aja)
kukus selama 20 -30 minit bergantung kepada saiz acuan
Wednesday, March 2, 2011
acar tumis
bahan2 untuk diracik (anggaran sebesar 2batang anak mancis):
1 biji timun saiz besar - diambil bahagian luarnya aja
1/2 batang lobak merah
lada merah - dibuang biji
lada hijau - dibuang biji
10 biji bawang kecil - dibelah dua
6 ulas bawang puteh - dibelah dua
2" halia dihiris nipis kemudian dimayang halus
biji sawi
serbuk kunyit
kapur
cuka / air asam jawa
cara2nya:
rendam kesemua bahan yang telah dihiris kedalam larutan air garam yang telah dicampurkan dengan kunyit selama 1 jam
selepas sejam, toskan, kemudian rendam sekali lagi kedalam air yang telah dicampur dengan kapur selama 30 minit, toskan
panaskan minyak, tumiskan biji sawi, kemudian masukkan air asam jawa /2 sudu makan cuka,tambah garam dan gula secukupnya, didihkan sekejap
masukkan sayuran yang telah ditoskan tadi
gaul rata, masak anggaran 3 minit sahaja
sedap dimakan dengan nasi minyak/nasi puteh
Subscribe to:
Posts (Atom)