Sunday, March 20, 2011

cheese cake


ini bukan resepi asli tc, cuma tc nak ucapkan terima kasih kepada pemilik asal resepi ni (lupa pula tc siapa)...memang sedap,
jadi tc kongsikan resepinya ......
bahan dasar /base

1 cawan biskut (tc gunakan biskut merie - sedap) hancur dicampur dengan butter cair, kemudian ditekankan kedasar loyang pembakar sehingga padat, sejukkan sekurang2nya 30 minit.


bahan untuk kek :

250grm cream cheese - jenama philidelphia
3 sudu besar butter tanpa garam (tc guna aja butter yang biasa)
3/4 cawan gula kastor (guna aja gula pasir biasa, kemudian kisar )
150 ml yougrt kosong
1 sudu besar jus lemon / jus limau nipis
1 sudu besar tepung jagung (tc tambah lagi 1/2 sudu teh tepung jagung)
3 biji telur

putar cream cheese, butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
masukan yougrt, gaul rata
masukkan jus lemon. gaul rata
masukkn telur sebiji demi sebji dan putar
akhir seklai masukkan tepug jagung....putar sebati


tuangkan kedalam loyang pembakar, guna kan suhu 160celcius (bergantung pada oven)
bakar selama 45 - 50 minit dengan cara "water bath"
setelah cukup masa membakarnya, switch off oven dan biarkan kek didalm oven selam sejam / sehingga suhu oven sejuk baru dikeluarkan

sejukkan kek terlebih dahulu kemudian simpan didalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam baru boleh dipotong

9 comments:

mka_balang said...

sedap..sedap..sedap..kalau biskut marrie tu di campur gaul dengan coklat lagi ok rasanya..menaikkan aroma cheese dan coklat

tok_chik said...

tak habis2 dengan cokelatnya
tak kan semua kek nak kena campur cokelat

Liza @ Adzriel AB said...

amboi sedapnya..

tok_chik said...

terima kasih kepada pemilik asal resepi berkenaan yang telah sudi "mengajar" keseluruhan resepi secara tepat

Anonymous said...

denai berbisik...minta izin cuba resipi ye.trma kasih..st lagi sy nak tanya apa sukatan butter yang perlu di blend bersama cream cheese? 3 sudu besar butter tu yg perlu dimasukkan bersama biskut marie or kena putar dengan cream cheese?

tok_chik said...

yg kamu tanya kan tu adalah unsalted butter yng diputar bersama dengn cream cheese sebagaimana dicatitkan dalam resepi diatas

untuk basednya..3 sudu..cairkan dulu.
bila digaulkan dengn biskut yang dah dikisar tu...boleh dikepal biskut tu..kira dah ok le tu
tc ni pun belajr hasil menjenguk blog orang lain
tc harap respi yang kamu nak cuba ni menjadi

Anonymous said...

ooo ok tc.trima kasih banyak.=) first trial x menjadi la tc. kek jd lembik dan x naik. tc butter perlu disapu pada loyang x sebelum dimasukkan bskut marie hancur plus butter cair?

Anonymous said...

tok chik...st lagi yogurt kosong tu means kena guna yg pekat ke or yang cair?

tok_chik said...

guna yougrt tanpa perisa yang dalam bekas kecil tu..yg harga nya sekitar rm 1.50
yang pekat
tc guna loyang yang boleh dibuka daripada tepi.
jadi tak perlu nak lengser dengan minyak ke apa dasarnya
kek ni tak seperti kek biasa yang akan naik sekali ganda selepas dimasak
kena masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam

Followers