bahan2 yang diperlukan
250gram tepung paling halus (super fine flour)
50 gram serbuk koko
1 sudu teh bikarbonat of soda
1/4 sudu teh garam halus
310 gram gula (tc kisarkan dulu gula sehingga halus)
250gram mentega (tc cairkan dulu - boleh juga gunakan minyak masak)
3 biji telur
1 cawan air panas mendidih
campurkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik, gula dan garam- diayak, kalau malas nak mengayak, masukkan kedalam plastik bag, goncang kasi sebati - heheheheh...tu teknik orang malas
pecahkan telur didalam bekas dan pukul dgn hand whisk, tak perlu terlalu kembang
masukkan tepung, gaul rata
tuangkan mentega cair - gaul rata
tuangkan air panas dan teruskan menggaul sehingga adunan sebati
tuangkan kedalam acuan setakat 3/4 penuh
kukus selama 15 minit
No comments:
Post a Comment