Tuesday, June 12, 2012

rewang dimajlis kenduri sikembar

di majlis kenduri ni tc menjenguk juga ketempat orang memasak, sebab pada tc nasi beriani yang dimasaknya amat sedap, kerana minat untuk belajar ada, keinginan nak mengetahui tu kuat....kenalah rajin mengutip tips dan kena rajin bertnya kalau nak dapatkan infonya
disini nasinya dikukus, sukatan beras dan nasi adalah 1:1
beras dibasuh dan ditoskn
tukang masak akan menyediakan "sup" untuk memasak nasi tu...didalamnya ada mengandungi air rebusan tulang serta rempah ratus yang lain
beras dituang keatas dulang kemudian air supnya akan dituangkan dan nasi akan dikukus sehingga masak, setelah nasi masak barulah diletakkan sedikit pewarana kuning keatas nasi yang masih panas dan digaul sebati.
menggunakan kaedah ini nasinya menjadi berderai dan tiada kerak terhasil.





yang penting memang sedap nasinya




tc bertanya...."mengapa tong gas tu direndam didalam air"
penjelasan daripada ketua tukang masak " supaya gas tak beku"
yang ni tc tak berapa nak faham......









1 comment:

ahmad said...

salam....bila gas beku,api kt dapur akan jdi kecik...walaupon kita besarkan api,dye tetap jdi kecik....cara nak elak jdi camtu,boleh terbalikkan/baringkan
tong gas.....cara lain,mcm pak haji tuu buat.... :)

Followers