teringin sangat nak makan kueh ni
cuma tc buat sedikit pengubahsuaian ikut citarasa tc
bahan2nya
bahan A (inti kelapa)
1/2 biji kelapa
100gram gula pasir
50 gram gula merah (boleh dilebihkan)
2 helai daun pandan
secubit garam
50ml air
masukkan air, daun pandan, gula pasir dan gula melaka serta garam dan.didihkan
masukkan kelapa parut, gaul sebati dan masak sehingga likat/kering, sejukkan
untuk doh
90 gram tepung pulut
10 gram tepung gandum
80ml air
pes pandan
campurkan kesemua bahan diatas, uli sehingga menjadi doh
ambil sedikit sebesar duit 50 sen, leperkan dan letakkan inti
buat sehingga habis
(tc rebus doh sehingga masak dan ditoskan)
untuk kuahnya
500 ml santan
1 sudu besar tepung beras - dibancuh dengan 50ml air (kalau tak cukup likat boleh tambah lagi )
secubit garam
daun pandan
masukkan doh yang telah direbus kedalam santan yang telah dicampur dengan garam
panaskan santan senhingga mendidih, masukkan bancuhan tepung beras (jangan masukkan sekali gus, masukkan separuh dahulu tengok kepekatan kuahnya), gaul sebati
biarkan mendidih sekitar 2 minit lagi dan matikan api
nota
cara penyedian sebenarnya...doh diisi dalam loyang, santan dituangkan dan dikukus
tc tak suka cara begini sebab selalunya santan akan pecah minyak, maka tc ubah cara penyediaanya tetapi dalam masa yang sama rasanya tetap sama
No comments:
Post a Comment