Wednesday, August 12, 2009

pil khayal

ini kisah yang terjadi pada kawan tokchik, peristiwa ni berlaku pada hari isnin 10-08-09, rentetan kisah nya begini:-

- kawan tokchik tu namanya sani
- usia 41thn, dah berkeluarga
- pada hari malang tu si sani ni pergi le ke giant di shah alam, niat hati nak berbelanja.
- selepas keluar dari kereta, tiba-tiba dia disapa oleh seorang lelaki
- lelaki tersebut mendakwa dia sebagai saudara sani, mungkin dialog perbualannnya begini
" bang...... nak gi shopping ke"
" aaaaaaaaaaah...... nak pergi cari barang rumah" jawab sani
" abg tak kenal saya ke? saya dani anak long timah" ramah budak tu mengenalkan diri.
- si-sani ni jadi terkebil2 macam cicak tertelan kapur cuba nak mengingatkan sapa budak ni, puas le dia cuba mengingatkan.....tak juga teringat.

" bang....... jom kita pi dok sana, kita sembang2, dah lama kita tak jumpa, saya belanja abg minum, ikhlas ni bang" baik punya bodek budak ni dah kasi

- dalam terkebil2, terkulat2 mencari jawaban, si-sani ni boleh menurut ajakkan budak yang kita namakan dani tu,
- si dani ni pergi lah membeli air, sani pulak dok dikerusi yang disediakan, kepala nya masih memikirkan siapakah budak yang terlebih ramah nie.
- jeng------jeng--jeng....... air sudah mari........minumlah mereka, sambil berbual2 sekejap
- dalam jangkamasa 5 minit sani merasakan kepalanya pening dan merasakan seperti khayal,
- sani hanya pulih semula lebih kurang setelah 6 jam (mungkin pengaruh ubat khayal tu dah berkurangan ) dan menyedari yang dia pada saat itu berada diseremban. mamat
tu dah tinggalkan sani di seremban.
- dengan bantuan orang ramai, sani dihantar kehospital, dok le dia semalam dihospital seremban
- si pencuri tu dah kebas wang tunai dari beg duit sani sebanyak rm 1500, menggunakan kredit kad sani sehingga had yang dibenarkan (rm5000), membuat pengeluaran tunai menggunakan kad atm sebanyak rm 4500 (3 kali pengeluaran), nasib baik kereta sani tak dikebasnya

pesan tokchik pada semua, berhati2lah dengan orang yang tak kita kenali, cuma sepekara yang kena diakui, kalau dah malang nak terjadi, takdir TUHAN tak dapat dielakkan

2 comments:

MIZLAN DARKARTCASTER said...

terima kasih tok cik..cerita ni sgt menyedarkan saya untuk lebih berhati2..

HoneyBUZZin said...

Wah....dahsyat penipuan sekarang ni. Macam-macam...
elok berhati-hati sajalah...musuh yang datang, kita tak nampak....

Followers