Sunday, January 30, 2011

donut tokchik


bahan A
600 gram tepung gandum
100 gram tepung naik sendiri
30 gram susu tepung / 2 sudu susu pekat manis
1 sudu teh garam
3 sudu besar majerin
1 biji telur
1 sudu kecil bread softener

330 gram air suam
100 gram gula
1 paket yis segera


bancuh yis dengan gula dan air suam
didalam bekas besar satukan bahan A, gaul rata
kemudian tuangkan bancuhan yis, gaul rata dan uli sehingga sebati
tutup bekas berisi doh dengan tuala basah dan perapkan selam 1.5 jam

canai doh dan terapkan dengan acuan donat
biarkan adunan yang diterap selama 20 minit sebelum proses menggoreng dilakukan
goreng dengan api yang sederhana
biarkan donut menyejuk sepenuhnya barulah digaulakn dengan gula
boleh juga dicelupakn kedalam cokelat masakan


beras basmathi pusa




hajat nak membeli beras ni seringkali terbantut, bukan sebab apa.cuma kerana harganya yang terlalu mahal sekilo rm 14
berkali2 tc memikirkan kewajaran membelinya sebagaimana berkali2 tc memegang, membelek akhirnya berlalu begitu sahaja
minggu lepas tc nekad untuk membelinya, menurut apa yang tercatat dibungkusan,
beras ni datangnya daripada punjab india, berasnya panjang2,



tc masak le secawan.
memang sedap nasinya, tapi cukup le sekali ni membelinya, asalkan jangan kempunan

Wednesday, January 26, 2011

yee mee




bahan perap untuk 500 gram isi ayam

1 sudu teh lada hitam yang ditumbuk halus
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram

sawi - dicelur
telur

kisarkan
5 ulas bawang putih
2" halia

panaskan minyak
tumiskan bawang merah yang dimayang sehingga garing
masukkan ayam yang diperap tadi
gaul rata
masukkan cendawan
tambahkan air untuk mengempukkan ayam
pekatkan kuahnya dgn menambah bancuhan tepung jagung


panas kan periuk tanah,
tuangkan kuah, bila mendidih, letakkan yee mee, pecahkan telur diatasnya
semasa menghidang, sendukan isi ayam dan letakkn sawi yag dicelur

Saturday, January 22, 2011

claypot chicken rice with salted fish


bahan2 yang diperlukan

beras wangi - anggaran 300gram

500gram ayam
perapkan dengan
1/2 sudu lada hitam yang ditumbuk
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap pekat
1.1/2 sudu sos tiram
5 ulas bawang puteh
1.1/2" halia

perap sekurang2nya 30 minit....


sediakan juga
cendawan dan ikan tenggiri masin yang digoreng



panaskan minyak, tumiskan bawang merah yang dimayang sehingga kekuningan,
masukkan ayam yang telah diperap tadi, gaul rata, kemudian masukkan cendawan, tambahkan sedikit air untuk mengempukkan ayam
masak sehingga kuahnya pekat,tambahkan garam kalau tak cukup kemasinannya....atau boleh juga menggunakan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah

menggunakan periuk tanah, masak nasi, tambahkan stock ayam kedalam nasi,apabila nasi sudah kering airnya, taburkan dengan ikan masin yang diramas kasar dan juga ayam yang dah dimasak tadi. masak sehingga tanak


taburkan daun bawang yang dihiris kasar sebelm menghidangkannya

Saturday, January 15, 2011

pisang muda masak lemak



bahan2nya
pisang muda - dibersihkan dan dicelur

santan
daun kunyit/daun kesum
asam keping

tumbuk lumat:
ikan bilis
belacan
bawang merah

satukan kesemua bahan kedalam periuk, didihkan dengan api sederhana, pastikan jangan sampai pecah minyak
tambahkan garam secukupnya

nota
tc lebih suka mencampurkan daun kesum kedalam masakan in kerana ianya memberikan aroma yang lebih menawan

nasi dagang trengganu


kat malaysia ni ada dua jenis nasi dagang, satu nasi dagang kelantan, satu lagi nasi dagang terengganu, yang membezakannya adalah, nasi dagang kelantan ada beras merah, sementara nasi dagang terengganu berwarna putih

teringin nak makan,tc cuba lah buat sendiri....kalau tak ada beras nasi dagang, boleh sahaja campurkan beras pulut dan beras siam wangi tu

bahan yang diperlukan:
beras nasi dagang
santan secukupnya
garam
halba
halia, bawang merah dan bawang puteh - dimayang

rendam beras tersebut sekurang2nya 4 jam, tc kebiasaannya akan menambahkan garam kedalam air rendaman beras tersebut, bilas dan toskkan lalu dikukus....sehingga berasnya kembang


kemudian angkat, lalu digaulkan dengan santan yang telah dicampurkan dengan garam secukupnya, tambahkan halba, bawang merah dan bawang putih serta halia yang dimayang halus, gaul rata, kemudian dikukus sehingga nasinya tanak

ini lah rupanya nasi dagang tc yang dah siap dimasak


tc sajikan bersama dengan gulai ikan tongkol

sayur cendawan



bahan2nya
cendawan tiram

ikan bilis/udang kering
bawang merah yang dimayang
sedikit belacan
sehelai daun kunyit

didalam periuk berisi air, masukkan ikan bilis / udang kering, bawang merah yang dimayang serta sedikit belacan
didihkan kemudian masukkan cendawan dan daun kunyit, biarkan mendidih seketika, tambahkan garam secukupnya, apabila cendawan layu, matikan api

berus cat daripada bulu babi



mungkin tak ramai diantara kita yang menyedari akan kewujudan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi, pekedai pula tidak meletakkan sebarang lebel untuk memaklumkan kepada pembeli berhubung pekara berkenaan

sewaktu membeli peralatan mengecat disebuah kedai diklang, tc bertanyakan kepada jurujual dikedai berkenaan..."ini dibuat daripada bulu babi kan", dan wanita berkenaan mengakui,
yang membuatkan tc terkejut apabila dia bercerita
"ABG TAU TAK, ITU JUAL APAM BALIK PUNYA ORANG ADA BELI INI BERUS, PAKAI MASA BIKIN ITU KUEH"
gulpppppppppppppppp............teguk air liur dibuatnya

tetapi tc suka dengan pengurusan sebuah kedai hardware ni yang meletakkan notis untuk memaklumkan kepada pelanggannya berkenaan dengan status halal berus cat berkenaan

Followers