Monday, March 7, 2011

pau


resepi daripada internet, lupa darimana tc dapat, meberanikan diri mencuba
alhamdulillah, hasilnya tak menghampakan
tc nak ucapkan terima kasih kepada pemilik asal resepi ni, jadi disini tc kongsi sama2 resepinya

PAU BAGUS

Sponge (A)

250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air

Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.


gambar diatas ini hasilnya - maaf gambar tak jelas


Bahan (B)

250g tepung pau
100g gula caster
1 sudu besar Double Action baking powder
5 g garam
30g shortening
125g air
Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.

Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.

Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian (rujuk gambar dibawah ini)


bahagikan adunan kepada bahagian2 kecil, canai dan isikan inti,


sedikan kukusan, pastikkan air betul2 mengelegak, baru diletakkan kukusan yang berisikan pau
kukus anggaran 10 minit, dan ini lah hasilnya


3 comments:

urut tradisional lelaki said...

Real jadinya... Terliur pulak tgk. Emmm tentu sedapkan..

tok_chik said...

alhamdulillah
memang sedap...sebab tuan punya resepi tu tak "menyembunyikan" resepi
diberikan resepi yang betul...pahala dia dapat
jadi tc pula memanjangkan resepi beliau kepada orang lain

mka_balang said...

memang sedap..lagi2 makan masa panas..lepas ni boleh lah mencuba inti kelapa,coklat,kaya pulak...

Followers