Thursday, July 19, 2012

kisah ibu tua

tokchik baru sahaja dihubungi oleh seorang rakan, sebak terdengar suaranya.....
"mak aku dah meninggal dunia" katanya
"bila??????" tc bertnya semula
"petang tadi...sebab bila adik aku tel mak aku tak menjawab panggilannnya" rakan tc bercerita dengan suara tersekat2.
"tapi aku rasa mak aku meninggal pagi tadi" dia meneruskan bicara.
"mengapa kau cakap macam tu"
"sebab ikan yang dibeli masih dalam sinki...mak aku meninggal masa tengah makan...meninggal kat meja makan, sedang duduk ..makanan yang dipinggan dah dihurung semut, kat tangan dia masih tergenggam makanan yang hendak disuap" sambung beliau sambil menahan esak tangisnya.
"aku harap kau bersabar, takziah daripada aku untuk kau sekeluarga ya" tc cuba menenangkan beliau.

Hari selasa yang lepas beliau baru sahaja membawa ibunya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagaimana yang telah ditentukan.
Almarhumah meninggah pada usia 74 tahun, arwah ibu rakan tc tu tinggal sendirian, bukan anak2 tidak mempedulikan tetapi orang tua...kebiasannya lebih betah dirumah sendiri.
kita sendiri esok lusa tak tau bagaimana untung nasibnya.

alfatihah buat almarhumah....semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang diberikan rahmat oleh yang esa.  kira2 3 minggu Arwah telah memberikan tips kepada tc bagaiman hendak mendapatkan kulit karipap yang rangup.....

No comments:

Followers