Tuesday, July 31, 2012

talam lapis ubi kayu

talam lapis ubi kayu (gunakan loyang 7" x 7")

bahan A
450gram ubi kayu (diparut dan ditoskan)
250gram gula pasir (tc kisarkan sehingga halus)
180ml santan
30 gram tepung jagung
25gram tepung gandum
2 biji telur ayam
1/4 sudu teh garam
pewarna kuning

bancuh rata kesemua bahan diatas sehingga sebati. bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

bahan B

75gram gula pasir
75 gram gula merah
60gram tepung  gandum
60 gram tepung jagung
380 gram santan
2 bii telur ayam
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla

kisar kesemua bahan B sehingga sebati dan bahagikan kepada 3 bahagian

panaskan pengukus
tc lengserkan loyang dengan minyak dan kemudian tc alaskan plastik
tuang adunan kuning..kukus selama 5 minit atau sehingga adunan mengeras (jangan terlalu lama)
tuang kan lapis cokelat....kukus sehingga mengeras
ulang sehingga habis
selepas habis melapis..kukus lagi selama 20 minit
sejukkan baru dipotong



nota:
kueh ni tc siap mengukus kira2 2 jam lagi sebelum berbuka, jadi untuk memastikan kueh betul2 sejuk dan boleh dipotong, didalam bekas, tc letakkan sedikit air, kemudian tc letak kan loyang berisi kueh dan tc letakkan ketulan ais......menjelang waktu berbuka, kueh tokchik dan betul2 sejuk dan boleh dipotong


4 comments:

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

tok_chik said...

terima kasih kembali

gelangtembaga said...

Mesti cuba

tok_chik said...

alhamdulillah
memang sedap kueh ni
berbaloi membuatnya

Followers