anakanda tc mohd khairil bertunang pada 16-09-2012, pasangannya orang batu pahat,
dah terniat dihati kek untuk hantaran pertunangan tc nak buat sendiri.
gigih mencari resepi dan info tentang fondant, cara nak menyediakannya dan mewarnkanya, nak membalutnya, semuanya tc kutip, print dan baca berulang kali. youtube juga tc jadikan sumber rujukan
nekadkan diri, pahatkan dalam minda...."insyallah aku pasti boleh". seminggu sebelum tarikh majlis akan diadakan, tc mula menyediakan adunan fondant....cuba nak menggunakan mixer untuk menguli, nampak gayanya tak berhasil. cara manual juga yang diperlukan, menitis peluh nak menguli doh gula icing (fondant) bagai nak tercabut bahu dibuatnya.
siap diwarnakn, tc bungkus doh fondant tu didalm plastik kemudian tc masukkan didalam bekas kedap udara. tc biarakn aja dimeja.
3 hari sebelum majlis tc sediakan kek buah. sebelum tc membalut fondant kepad kek, tc ambik apricot jem (jem lain pun boleh), tc tambahkan sedikit air dan tc panaskn sebentar,
jem ini tc gunakan untuk mengris kek buah sebelum tc salutkan dengan fondant. nak sapu royal icing pun boleh, tips tu tc dapatkan daripada tauke kedai yg menjual peralatan membuat kueh/kek.
1 comment:
terima kasih abah di atas segala nya....alhamdulillah majlis berjalan seperti dirancang...
Post a Comment