teringin nak makan kueh lapis...
jenguk2 bahan semua ada,..... maka operasi pun bermula.
resepinya:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
1/4 cawan tepung beras
4 cawan santan
1-1/4 cawan gula
1/4 sudu teh garam
tc kisarkan kesemua bahan diatas sehingga sebati.
tc bahagikan kepada 2 bahagian dan tc warna kan
panaskan pengukus, apabila air dah mendidih, mulakan lah melapis
masa memasak setiap lapisan bergantung pada ketebalannnya
tc ambil masa sekitar 4 minit.
buat sehingga selesai dan apabila lapisan terakhir dituang ...kukus kueh selama 20 minit lagi.
sejukkan sebelum dipotong
No comments:
Post a Comment