resepinya:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1-1/4 cawan gula
4 cawan santan daripada sebiji kelapa
secubit garam
panaskan pengukus
dasar loyang (7" x7") tc sapukan minyak, kemudian tc letakkan plastik yang dipotong mengikut saiz loyang. tujuannya supaya senang nak mengeluarkan kueh.
kisarkan kesemuanya sehingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian atau lebih.
warnakan ikut suka.
panaskan loyang sekejap.
tuang lapisan pertama. Biarkan masak. Anggaran massa sekitar 4 minit (bergantung pada ketebalan kueh).
tuangkan lapisan kedua dan teruskn melapis sehingga selesai.
apabila lapisan terakhir telah dituangkan, kukus kueh selama 20 minit baru dimatikan api
nota:
penggunaan tepung ubi dalam kueh ini memberikan rasa sedikit kenyal
No comments:
Post a Comment