dah lama teringin nak makan sayur pisang. semasa kekedai....terpandang pisang muda, hajat hati nak membeli barang lain tetapi ternampak pula pisang muda nie. Apa lagi, beli lah sesisir. kat rumah pula sememangnya dah ada tulang ikan kurau masin.
resepinya :
5 biji pisang muda - bersihkan dan dicelur
rm 1 santan segar
4 keping tulang ikan kurau masin (boleh jugakan ikan masin lain) - rendam sekitar 30 minit
daun kesum
2 keping asam gelugur
garam
tumbukkan:
4 ulas bawang putih
ikan bilis
sedikit belacan
1" kunyit segar
didalam periuk, masukkan pisang muda yang dah direbus, tulang ikan kurau, asam keping, daun kesum juga bahan tumbuk dan santan pekat dan tambah kan air secukupnya tetapi jangan tercair.
diidhkan dengan api sederhana dan pastikan jangan sampai pecah minyak.
rasa garamnya.
Wednesday, July 31, 2013
Tuesday, July 30, 2013
gulai lemak cili padi telur itek
semasa kekedai, tc terpandang telur itek yang nampak segar. Betul2 menggamit naluri untuk membelinya.
Dalam hati dah terfikir "masak lemak cili padi best ni". tc beli lah 4 biji.
cara tc mengulai telur itek:
kisarkan :
10 tangkai cili padi (nak pedas tambah lagi)
1-1/2" kunyit segar
6 ulas bawang merah
1/2" belacan
bahan lain:
rm 1 santan pekat
2 keping asam gelugur (dapat buah belimbing buluh lagi umphhh)
tc tuangkan bahan kisar kedalam periuk,
tc tambahkan santan pekat dan asam keping
tambahnkan air anggaran 500ml
masak hingga kuah mendidih dan masukkan telur satu persatu
tambah garam secukupnya

Tuesday, July 23, 2013
karipap inti mee hoon
teringat masa kecil, arwah bonda tc selalu beli karipap yng intinya adalah mee hoon goreng. Sekadar mengembalikan ingatan, tc buatlah sedikit untuk juadah berbuka puasa. Apabila makan teringat kepada kenangan dulu
speggetti goreng pedas ala mamak
idea timbul secara tak sengaja
tak salah mencuba, dan hasilnya memuaskan hati tc
bahan2nya
200 gram speggetti - celur dan toskan
1 keping ddaging kisar (tc gunakan jenama ramly)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 - 3 senduk sambal tumis (langkah palin g mudah kalau malas nak menumis )
beberapa batang sawi
daun sup dihiris
versi 1 (jika tak ada sambal tumis)
jika tidak, kisarkan :
10 tangkai lada kering (nak pedas tambah lagi)
4 ulas bawang puteh
1 labu bawang besar (tc suka lebih bawang)
tumis semua bahan ni sehingga naik bau, garing dan pecah minyak, tambah garam gula secukupnya
masukkan daging kisar dan masak sehingga daging empuk
masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato
gaul sebati,
masukkan batang sawi (sbb lmbat empuk) bila batang sawi dah layu masukkan daunya dan speggetti yg dah dicelur
gaul sebati. rasa garam gulanya dan tabujkan hirisan daun sup
versi kedua (jika ada sambal tumis)
tc dadukan sebiji bawang besar, tumis hingga layu
tc masukkan daging kisar dan masak hingga daging empuk
masukkn sos cili, sos tomato, sos tiram, gaul rata
masukkn btang sawi, goreng hingga layu
masukkn daun sawi dan speggetti, gaul sebati
last tc taburkan daun sup

Wednesday, July 17, 2013
sup ekor thai style
bulan puasa ni....bila berbuka dengan sesuatu yang pedas dan sedikit masam lebih menggoda selera tc.
maka petang semalam tc menyediakan sup ekor ala thai (macam kat kedai tomyam tu tetapi versi tc le...heheheh)
resepinya:
500 gram ekor
1 bungkus sup bunjut
1" halia - dititik
tc masukkan kesemua bahan diatas kedalam pressure cooker dan rebus. anggran dalam 35 minit tetapi ini berganung kepada kuantiti bahan yang direbus. cara tc mengira masanya adalah dgn mengambil kira daripada mula wisel yang ada di pressure cooker tc berbunnyi/berdesir. selepas 20 minit wisel berbunyi tc matikan api. dah empuklah bahan yang direbus
bahan B
3 ulas bawang puteh - dititik
2 biji limau nipis - diambil airnya
1 labu bawang besar - hiris bulat
10 biji cili padi - dititik
4 helai daun limau purut - buang tulangnya
2 biji tomato - dibelah 4
1 batang serai - dipotong serong
1 batang calery - dipotong serong
sedikit daun ketumbar
masukan bahan B kecuali perahan air limau nipis dan daun ketumbar kedalam rebusan ekor tadi dan didihkan semula sekitar 5 minit
tambah garam secukupnya
kemudian masukkan perahan jus limau nipis, didihkan sekejap dalam seminit
matikan api dan taburkan hirisan daun ketumbar

keli goreng berempah
menu semasa berbuka puasa bersama anak2 saudara tempohari
1 kg ikan keli - pilih yang kecil2 lagi sdap
kisarkan :
5 ulas bawang puteh
1-1/2" halia
1-1/2" kunyit segar
1/2 sudu makan ketumbar
gaul kan ikan keli dengan bahan kisar dan garam
perapkan sekurang2nya 1 jam
bancuhkan :
3 sudu makan tepung beras
1-1/2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
air secukupnya (anggaran - 150ml)
sedikit kapur makan
1 sudu teh cili serbuk
gaul sebati semua bahan diatas, kepekatan adunan seperti adunan kueh ketayap
panaskan minyak (goreng terendam)
masukkan ikan kedalam bancuhan tepung saduran, bila minyak dah cukup panas, masukkan ikan
goreng sehingga garing

Friday, July 5, 2013
beras rendang aka wajik sirat
lama sungguh tak makan kueh ni. dikampung tc ianya dipanggil beras rendang. Mungkin bersebab pulutnya kena disangrai terlebih dahulu. Ada jug yang memanggilnya dengan nama wajik sirat.
resepinya :
500 gram beras pulut - disangrai dan dikisar
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik
2 cawan santan pekat (tambah sedikit air jika pulut masih keras)
300gram gula dijadikan gula hangus (nk gunakan gula melaka pun boleh)
penyediaannya:
sangrai beras pulut dan kisar halus. Disebabkan tc malas nak mengorengnya didalam kuali, tc letakkan didulang dan masukkan kedalam oven, dengan suhu 230celsius tc panggang beras pulut ni selama +/- 25 minit, sempat lah nampak oven berasap....yang penting berasnya sekata aja dipanggang dan tangan pun tak lenguh sebab nak kena selalu "mengacau" dikuali.
gaulkan beras pulut yang dah dikisar dengan kerisik
menggunakan kuali tak melekat, tc panaskan gula sehingga mencair (buat gula hangus) kemudian tc tuangkan kedalam santan. campuran gula hangus dan santan tu tc didihkan. pastikan ianya dikacau supaya tak pecah minyak.
masukkan beras pulut kisar yang dah dicampur dengan kerisik, kacau sebati sehingga masak. jikalau terlihat beras pulutnya masih utuh/keras tambahkan sedikit air.
kacau sehingga kelihat likat dan berkilat. ketika ini terasa seperti mengacau dodol pulak.
tuangkan kedalam loyang yang dah dilapik dengan plastik /daun pisang (untuk memudahkan jika hendak dikeluarkan )
sejukkan sebelum dipotong.

Thursday, July 4, 2013
kueh kole kacang
resepi tc gunakan daripada blog rosmarlina@jintanmanis.com
minta izin tc copy dan paste kat sini ya
Kuih Koleh Kacang Hijau
Sumber resepi: Citarasawan@myresipi.com
Telah dicuba oleh : rosmarlina@jintanmanis.com
Bahan-bahan ( saiz 10" loyang empat segi )
Bahan A
400ml santan pekat KARA 150ml air 1 helai daun pandan 1/4 sudu teh garam
Bahan B
225 gm tepung kacang hijau 750ml air ( ros guna tepung kacang hijau cap Kijang)
Bahan C
350 gm gula merah/gula melaka 50 gm gula pasir 100ml air ( ros guna gula merah)
Bahan D
1 1/2 cawan pati santan secubit garam
Cara-cara
1.Masak bahan C hingga gula larut. Biarkan sejuk.
2.Masak bahan D sehingga menjadi tahi minyak. Tapis dan biarkan 2 sudu besar minyak didalam periuk.
3.Sebatikan bahan B, gaul rata dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam supaya tepung kacang sebati sepenuhnya.
4.Satukan semua bahan A, B dan C. Gaul rata dan tapis. Tuang kedalam periuk yang berisi minyak tadi.
5.Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau sehingga adunan kental dan berminyak. Angkat dengan segera dan masukkan kedalam loyang. Ratakan permukaannya.
6.Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.

pulut kelongsong
dikampung tc sekitar tahun 70an-80an jikalau ada majlis kenduri cukur jambul atau majlis perkahwinan pasti akan ada pulut kelongsong yang ditengahnya dicucukkan bunga telur.
bunga telurnya akan dibuat sendiri. Pulutnya pula ada yang menggunakan pulut kuning ada juga yang menggunakan pulut bantai atau pulut pukul.
pulut bantai atau pulut pukul ni penyediaannya agak rumit tetapi rasanya memang sedap. pulut dikukus kemudian dicampurkan dengan tahi minyak, untuk memastikan pulut dan tahi minyak sebati maka sudip besar yang seperti pengayuh sampan tu digunakan untuk memukul/membantainya.
dipukul kemudian dibalikkan dan proses tu dibuat berulang kali sehingga pulut dan tahi minyak sebati. cuma pulut bantai ni mudah basi.
sempena majlis persandingan anak saudara tc (mohd farhan) tc menyediakan pulut kelongsong untuk diberikan sebagai cenderamata kepada keluarga pihak perempuan.
masak pulut kuning, kemudian bungkus didalam kelongsong daun pisang, bungkus molek2, cucukkan bunga telur ditengahnya...............siappp

majlis persandingan farhan dan fara part 2
majlis persandingan farhan dan fara dipihak lelaki diadakan pada tanggal 30hb jun 2013 bertempat didewan badminton flet sri langkawi.
dimajlis ni lah sanak saudara berkumpul berama mesra.
kali ni kakak tc menggunakan perkhidmatan katering. memang terasa perbezaannya. Jikalau semasa majlis persandingan nadia dan jeff sebelum ni beliau asyik mengeluh kepenatan kali ni tersenyum aja...
mana taknya...semuanya dah ada yng menguruskan dan menyediakan ...yang penting...bayar..semuanya siap.
tc puji makanan yang disediakan oleh pihak ketering (sri pelangi kalau tak silap) sememangnya sedap.
tu yg pihak kami hajatkan...dapat menjamu tetamu yang datang dengan makanan yang enak.

Subscribe to:
Posts (Atom)